.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

25 January 2010

Al-FatiHaH

Al-Fatihah Keatas roh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru.

Semoga kerabat Diraja Johor tabah dalam menghadapi ujian dari Allah kerana Kehilangan Ayahnda dan buat seluruh rakyat negeri Johor kerana kehilangan Sultan yang tegas dan berjiwa rakyat...

Kami di Johor berkabung selama 7 hari dan 40 hari bagi kaum kerabat,dan kami semua wajib memakai songkok berlilit putih bagi lelaki dan perempuan bertudung putih bagi muslim dan yang bukan muslim harus memakai kain lilit hitam....

14 January 2010

MerOkOk...KeNApA

Salam....untuk N3 kali ni aku nak mengutarakan...permasaalah...aku ler...aku berkwn dengan semua orang ada yg merokok dan ada yang tidak merokok...atapi kekadang aku dan mungkin korang semua yang tidak merokok terkadang tu rasa tak puas hati jer dgn perokok ni...betul tak...

Dia orang ni kalau nak merokok bukannya nak tgk org kiri dan kanan,depan dan belakang pun tahu..² rokok tu dan menyala dah..dan yang lagi buat aku sakit hati..asap tu siap hembuh kat...tmpt orng lain lagi...ni yang aku mmg tak suker..wahai si perokok.

Kisahnya pagi tadi la aku dan wife aku baru duduk nak sarapan pagi...alih² kat belakang aku tu ada la...3-4 orang makhluk Tuhan yg paling seska tuk diri sendiri mereka,,,tengah syok merokok.. dan asap tu...meghala ker aku..bkn sikit² dah mcm serombong kapal lagi...perh aku punya la angin..aku sempat toleh belakng dan jeling...jer..salah sorang tu perasan dan lepas tu masing² buat tak tahu jer...macam tak bersalah pun...

Itu la sifat sebenar perokok..memang jenis tak fikir pasal orang lain...ni kalau ada yg baca N3 ni seorang perokok jgn nak marah kat aku,tapi cuba fikir secara rasional tentang hak orang lain...tanpa mengambil kira hak anda....kerana kemudharatan aku melibatkan orang lain....

Kalu nak hisap tu..cari lah tempat yg sesuai....bukannya tgh² orang ramai....

12 January 2010

FaCeBOOk punYa HAl

Aku dah lama dah wat facebook ni..tapi jarang update..sebab tak ramai kwn yg aku kenal pun..tapi sekarang ni dah ramai budak² opis yg dah ada facebook ni..jadi makin aku layan la benda ni...kita orang wat satu topik pastu...sumer duk komen...ngutuk² lagi haaaa...
Sapa yang terkena tu...timer jer lah...dlam pada tu ada juga jumpa kwn² lama masa belajar dulu²,tahu-tahu ramai yg dah kawin dan dah ada anak dah pun...


Apa pun jadikanlah ia sebagai wadah untuk menghubungkan dan mengeratkan silaturahim.....sesama kita.

04 January 2010

Malu GaRa² si PenJual BuRgeR


Malam minggu tu hari aku n family g jalan² kat Danga Bay,keluar lepas Isyak dah penat pusing dan lepak kat Danga Bay,bawak si haikal dan si haizi naik keta api dan main mainan yg semua kena bayar tu kita orang lepak budak² cina datang tunjuk sistem audio keta depa dan ada juga ekzos berapi.... dah penat baru lah..rasa nak balik...lebih kurang pukul 12 tgh mlm la...tiba² perut lak rasa lapar.

so aku teringat la...ada satu gerai jual burger yang baru bukak sebelum sampai kat taman aku tinggal tu...memang dah lama aku tu perhatikan ramai juga org yg singgah beli kat situ,dalam hati aku mesti sedap ni burger mamat ni...

So bila samapai jer kat kedai burger tu aku pun singgah,dalam masa tu ada la akak 2 org yg tgh tggu burger depa siap,aku pun parking keta dan terus order,sebelum tu aku tanya dulu mamat tu ada lg ker burger ni maklum dah dah tgh mlm...tapi pertanyaan aku tak dijawap pun..dalam hati ceh...sombong nak mampus dia ni mcm tak nak niaga jer.

Dalam pada tu aku tgk akak tu tgk aku semcm jer..aku tanya juga knpa tgk semcm jer akak ni...dalam hati da...,tiba-tiba si mamat jual burger tu pun bagi kat aku menu dan harga burger yg dia jual...rupa-rupanya mamat bisu la...pastu baru akak tu ckp kat aku dia ni bisu la dik....

Punya la...aku tahan aku punya malu dan tahan ketawa aku tu...sampai wife aku pun perasan...hahaha.....
Dah gitu terbantut aku nak mintak mayonis lebih....takut nanti pening lak mamat tu...

Note**Tgk org bisu pun rajin nak carik duit lebih,walaupun dia tahu mungkin yg dtg beli tu semuanya yg pandai ckp....ni ramai yg cukup sifat tau nak melepak jer...merempit sana sini..heheheh...







01 January 2010

HaRgA gulA Naik PeNiaGa PuN Naik Hantu LeR



Salam tahu baru dan ni N3 hari pertama di tahun baru....sebelum tahun baru menjelma kerajaan pun memutuskan untuk menaikan harga gula di pasaran sebanyak RM0.20...ini la hakikat yg kita sebagai pengguna terpaksa terima,alasan yang diberi pulak dengan kenaikan RM0.20 tu ditak membebankan pengguna mememag tidak munasabahkan.

Pada aku walaupun kenaikan 1sen setiap barang pun memang pengguna akan terbebab kerana penjual makanan mahupun minuman akan menaikan harga dengan alasan harga barang dah naik.
Dalam kes ni warung tepi jalan kat opis aku jga telah menaikan harga kuih mereka daripada 3 keping seringgit kepada 2 keping seringgit,dengan alasan harga gula dah naik.

Kalau difikirkan logik la...harga gula dinaikan RM0.20 sekilo yang si peniaga naikan harag kuih mmg tak kena kan...di jual kuih dgn harga 2 keping seringgit...bila di conggak balik kenaikan keatas sekeping kuih 17 sen.logik ker kwn²...

sebagai contih la ek aku kirakan...kalu salah tlg betul kan..
Sebelum ini 3 keping seringgit bersamaan dgn 0.33 sen sekeping.
Sekarang 2 keping dah seringgit bersamaan dgn 0.50 sen sekeping.
jadi 0.50-0.33=0.17 sen perbezaan harga.(harga gula baru naik 20 sen sekilo yg dia naikkan sekeping sampai 17 sen....hahaha apa pun selamat tahun baru...2010.

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.