.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

24 July 2009

AmaLaN-AmalaN DiBulaN SyaaBaN

Assalamualaikum
Hari ni hari Jumaat 24 julai 2009 bersamaan 02 Syaaban 1430 m.Begitu cepat bulan Rejab telahpun berlalu.Hari ini juga aku macam biasa menunaikan Solat Jumaat di Masjig An Nur di Plaza KotaRaya,dan tajuk khutbah yang disampaikan ialah berkenaan kelebihan bulan Syaaban dan amalan-amalan yang biasa dilakukan oleh Nabi kita Muhammad SAW.Dan diantaranya akan aku catatkan didalam entri aku kali ini.
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan syaaban.”
Huraian
1. syaaban itu sendiri ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan syaaban itu ialah bulan syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakanbahawa Rasulullah
bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan syaaban dan tiga hari pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Semoga kita bersama-sama membangkitkan semangat untuk beribadat dibulan Syaaban dan seteusnya ke bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang berikutnya.




YasiN DaN PaGi YanG HuJaN

Semalan aku menghadiri majlis bacaan yasin dah tahlil di rumah jiran aku...
Pada minggu lepas giliran rumah aku sebagai tuan rumah.Alhamdulillah kumpulan yasin Taman aku kira aktif la,selama dah hampir 3 tahun lebih kami bergiat aktif membaca yasin dan tahlil secara bergilir-gilir dari rumah ke rumah.

Selepas bacaan tu kita pun ada la sediakan jamuan,Tapi sory jamuan yang aku sediakan untuk kumpulan yasin tu tak di ambil gambarnya...

Tapi menu jamuan rumah aku pada minggu yang lepas Nasi Lemak ayam goreng berempah,Laksa Penang,bermacam-macam kuih muih ada yang wife aku buat dan ada yang jiran-jiran bagi.macam gitu la rutin kami setiap malam Jumaat.

Penat tu memang penat dari pagi sampai pukul 1lebih pagi baru settel semuanya,pinggang mangkuk dan segala periuk belanga siap di basuh baru boleh tidur,sebab esoknya kita dah nak kerja...





Ha yang tu la keadaan jalan jem pagi tadi,asal ada hujan sikit jer jalan pun boleh jem,dah sudah nya aku terkewat 12 minit pagi tadi....
Ni jem baru nak keluar dari Taman rumah aku ni,belum lagi kat jalan utama nak menghala ke Bandaraya Johor Bharu...

23 July 2009

LaGu 1 MaLaYSiA

Untuk posting kali ini aku ingin nak komen sikit tentang lagu 1Malaysia.Tak best la aku dengar lagu tu.
Ni sedikit info yang aku cari kat internet tentang pertandingan mencipta lagu 1 malaysia.

4 lagu yang terpilih menerusi Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia berserta dua lagu sumbangan Datuk Mokhzani Ismail akan dipromosikan mengikut kesesuaian dalam usaha memperkayakan khazanah lagu patriotik tempatan.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pemilihan enam lagu itu memberi kepelbagaian pilihan kepada jabatan kerajaan dan swasta untuk mempromosikan gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Dr Rais berkata, sudah menjadi hasrat kementerian supaya semua lagu itu dimainkan oleh stesen televisyen dan radio, sama ada di peringkat nasional dan negeri supaya mesej mengenai 1Malaysia difahami jelas oleh masyarakat.

“Penciptaan lagu ini melambangkan sokongan menerusi medium muzik selain mencerminkan azam masyarakat Malaysia untuk bersama bersatu menyelami seruan Perdana Menteri,” katanya.Beliau berkata, Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia dianjurkan bertitik tolak daripada cetusan 1Malaysia oleh Perdana Menteri berteraskan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Berlangsung dari 4 Mei hingga 31 Mei lalu, sebanyak 341 penyertaan diterima namun hanya empat yang dipilih panel hakim diketuai Pengerusi Orkestra RTM, Ahmad Ali pada sesi penilaian yang dijalankan pada 3 Jun lalu.Dua daripada lagu terpilih adalah ciptaan bersama Nik Nizam Jaafar dengan lirik diilhamkan Lokman Ghani, satu ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah manakala lirik oleh Syed Indra Syed Omar (Siso), manakala sebuah lagi ciptaan LimKokWing Sound and Music Design Academy Sdn Bhd.Setiap ciptaan terpilih menerima wang tunai RM8,000 serta sijil penghargaan yang diterima pada majlis penghargaan yang berlangsung di Auditorium P Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dua lagu ciptaan Mokhzani daripada Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM bersama penulis lirik, Chuari Selamat dihasilkan dengan tujuan untuk menyemarakkan pilihan lagu patriotik tempatan turut menerima sijil penghargaan.Dr Rais berkata, pertandingan seperti itu dianjurkan bertujuan untuk mengembangkan serta mempopularkan lagu patriotik selain meningkatkan aspirasi serta minat terhadap penciptaan lagu bertemakan cintakan negara.“Enam lagu yang terpilih itu akan dijalinkan dengan pelbagai visual berkaitan supaya pengisiannya melahirkan kepelbagaian untuk dihayati rakyat,” katanya.Menurutnya, beliau yakin pertandingan itu juga membawa objektif untuk melahirkan semangat patriotisme di kalangan rakyat menerusi lirik yang merangkumi penyatuan kaum, kasih sayang, cintakan negara dan pembinaan bangsa tanpa menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.

Penilaian pemenang ditentukan berdasarkan aspek kreativiti melodi bermutu, mempunyai nilai komersial dan menepati konsep yang menarik minat semua golongan.“Lagu terpilih mempunyai susunan tertib serta melambangkan hasrat seperti apa yang dinyatakan dalam syarat penyertaan, lalu memberi kelebihan untuk berada dalam senarai utama,” katanya.Persembahan Lagu 1Malaysia disempurnakan penyanyi Roy, kumpulan Gemersik Chorus bersama Karen Tan, Kelvin Lau, Banumitha dan Swara.

Aku cari jugak lagu 1Malaysia tu kat internet tapi tak jumpa lak....dan pagi tadi aku terdengar lagu 1Malaysia yang faizal Ismail HOT FM cipta tu lagi best pada aku....




Korang kalau nak dengar lagu 1Malaysia tu sebelum berita perdana malam mesti dia mainkan dulu lagu tu...
Jangan marah ek ni hanya pandangan aku jer,mungkin cara penerimaan antara kita berlainan..



22 July 2009

BeFuNCky


lawa tak gambara aku tuh?
Befuncky membolehkan kita untuk edit gambar² kita dengan effect yang telah disediakan.Cara nya cukup mudah ikut jer step yang dia adakan untuk kita...

NuR KaSiH

Tak der apa yang aku nak tulis sebenarnya,,,saja jer tengah boring² aku saja jer tengok part drama nur kasih kat internet..dan aku tertarik dengan trailer drama ni so sama² la kita tengok.Drama ni memang best pun,walau pun kekadang aksi peluk² pelakon dia tu over sangat dan tak sesuai untuk budak² tengok kan...

So terpulang la......yang pasti aku akan mengikuti drama ni setiap minggu kalau tak der perkara yang lagi penting....





15 July 2009

KisaH AnaK MUda - MuDi ZamaN sEkaRaNG

Asslamualaikum

MasyaAllah mengucap panjang aku bila tengok video sekumpulan anak muda,duk tengah sambut parti hari jadi dalam keadaan berpakaian yang cukup seksi,dan yang paling aku sedih,geram dan benci ialah mereka perempuan semuanya yang berbangga dengan meminum minuman keras (Arak).

Bagaimana perasaan ibu dan bapa mereka bila dapat tahu tentang kes ini,dah tentu mereka akan kecewa....
Inilah yang kita terpaksa tempuhi dalam kehidupan kita yang digelar dunia akhir zaman...
Semoga mereka semua insaf...InsyaAllah.....

08 July 2009

BeNda Baru YaNG aKu BelaJAr

Assalamualaikum.....

Ni saja jer aku nak acu cuba try test letak tandatangan setiap kali posting baru......




Cantik tak .......

TgH duk BoriNG Aku eDIt la Gmbr

Assalamualaikum... ni koleksi gambar aku dan family semasa bercuti dulu.Tapi gambar² ni aku dah buat effect dah...cantik kan.......
Ni saja jer ni aku dah boring² ni jer lah yang aku duk buat...









So ni lah yang kita dapat dengan adanya internet,macam² ada dan macam² kita boleh buat....
Dan terima kasih kepada blog Aku Sape kerana sudi berkongsi ilmu.
Kepada teman² yang ingin buat macam aku ni klip jer web yang aku sediakan dibawah

07 July 2009

IsI MAsA laPanG




heheh...sebenarnya gambar ni bukan aku yang lukis,tapi aku pakai satu perisian yang ada kat internet...korang pun boleh buat kalau nak.....http://www.dumpr.net/

06 July 2009

TaNdA² HaRI KiaMAt daH DeKAt

Assalamualaikum

Posting kali ni aku nak kongsi sedikit ilmu tentang tanda-tanda hari Kiamat sudah hampir dengan kita.Bunyi nya macam menakut kan tapi itu lah realiti yang kita terpaksa hadapi,dimana setiap permulaan kita pasti akan berakhir.Kita semua yang hidup akan mati bila tiba masanya dan hari Kiamat itu juga akan tiba.Semoga selepas kita membaca dapat kita sama-sama menilai diri kita dan fikirkan tentangnya.

1)Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. " - Sahih Bukhari

Masya’Allah benda ni memang dah terjadi pun,kalau kita tengok berita pun memang hari-hari duk tunjukkan,macam mana saudara seagama kita (ISLAM) di Palestine mati kerana duk mempertahankan tanah tumpah darah dan Baitulmuqddis ni.Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang² yang diredhai oleh Nya.

2)Bermaharajalela alat muzik

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Masya’Allah benda ni pun memang dah terjadikan,boleh dikatakan hari-hari kita duk dengar muzik,dan macam-macam ragam penyanyi yang kita duk saksikan.Semoga apa yang kita dengar biarlah yang dibolehkan.

3)Menghias masjid dan membanggakannya

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Memang kalau kita perhatikan sekarang ni pun memang banyak masjid-masjid yang didirikan dah dihiaskan dengan cantik dengan hiasan yang mahal-mahal,tetapi kalau kita perhatikan tak ramai pun makmun yang datang solat berjemaah pun.Dan kalau ramai pun seminggu sekali jer lah.(Sembahyang Jumaat)

4)Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Yang ni pun satu lagi tanda yang memang dah berlaku pun,tak payah nak pergi tengok jauh-jauh.Kat dalam negara kita sendiri pun ada dah,dek kerana perbezaan fahaman politik jer antara anak dan ayah pun boleh bergaduh dah terputus hubungan.Apatah lagi yang tiada apa-apa hubungan memang banyak kita dengar pun.(semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dinyatakan ini.

5)Ramai orang soleh meninggal dunia

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Yang ni pun mungkin dah berlaku tapi kita tak ambil kisah kot.Mana lah kita nak kenal sangat dengan tokoh-tokoh agama,apa yang kita kenal artis-artis jer baik tempatan atau antarabangsa.Dan bila berlaku kematian pada tokoh-tokoh agama pun kurang dipaparkan dalam akhbar ataupun tv,tapi bila yang meninggal tu artis cepat jer kita dapat tahukan.Siap ada yang menangis lagi kerana meratapi kematian tu.(semoga kita sama-sama berubah dan menginsafi diri insyaAllah.

6)Orang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

Benda ni pun dah terjadi dah,cuma kita jer yang mungkin tak perasaan atau buat–buat tak perasan kot.Yang ni malas nak ulas panjang la kita semua ada akal dan fikiran boleh fikir sendiri.
Semoga kita tidak salah dalam menilai seseorang insyaAllah.

7)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Yang ni pun memang dah ada pun,contoh nya kita memag susah nak memberi salam pada orang yang tak kita kenali.Dan kalau adapun mungkin tak ramai la yang mampu berbuat demikian.Semoga kita sama sama mengubah cara kita dalam kehidupan seharian.

8)Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Yang ni kalau sapa-sapa yang tak perasan memang orang tu orang buta jer kot.Sebab kalu kita keluar jer rumah memang bersepah la kit adapat tengok.Anak-anak muda bahkan yang tak berapa muda pun ada la yang dressing macam ni.Pakai baju dan seluar memang fit la sampai nampak susuk tubuh,tapi yang hairannya diorang ni bertudungkan.Tak ker nampak ganjilkan.
(Semoga kita bersedia untuk berubah dan mendengar apa yang baik diperkatakan kepada kita bukan hanya tau membantah dengan macam-macam alasan kita sendiri.)

9)Bulan sabit kelihatan besar

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Yang ni memang ramai yang tak perasan kot,termasuk la saya pun,bukan selalu pun kita tengok bulan kan.Paling tak pun setahun 2 kali jer masa nak mula puasa dan nak rayakan.Tapi tak per janji kita Perasan benda-benda yang dah disebutkan sebelumnya tu.

10)Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Perkara ni memang banyak berlaku ni kan.Banyak khabar angin yang tersebar sekarang ni dah senang juga kita terima selari dengan kecanggihan teknologi kan.Gosip-gosip artis,ahli politik dan lain-lain lagi kan.Semoga kita tidak mudah menyampaikan dan mempercayai sesuatu berita yang kita tidak pasti akan kebenarannya.

11)Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Ni pun dah banyak dah kita dengar dan tengok pun.Orang buat sesuatu kerana sesuatu kan.Memang ada pun jenis orang yang sanggup menutup kebenaran demi sesuatu yang dikejarkan.semoga kita terhindar dari perkara ni kan insyaAllah.

12)Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai. " - Sahih Muslim

Yang ni pun mungkin akan terjadikan,kalau kita tengok negara musuh Islam asyik nak serang negara Arab yang bukan sekutu dengan dia kan.Dulu Iraq kan dan sekarang Iran pun dah nak kena serang kan.Semoga kita sesama Islam kuat dan bersatu dan terus bersatu supaya kita tidak mudah di perkotak katik kan. insyaAllah.

Nota:Segala ulasan yang dihuraikan adalah daripada apa yang dilihat,dibaca,didengar ataupun ditatap di tv.Tiada niat untuk menyinggung hati dan perasaan sesiapa pun semoga apa yang kita ketahui yang baik itu dapatlah dikongsi bersama dan semoga amalan itu diberkati.Saya pun manusia biasa yang punyai kekurangan dan bukan menulis untuk menunjuk pandai atau mengenakan sesiapa.Hanya untuk berkongsi sesama kita....Insya'Allah

01 July 2009

SekAdaR ReNunGaN




إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi

dan pada pertukaran malam dan siang,

ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)

bagi orang-orang yang berakal. [Al Imran: 190]

Nota:Firman Allah SWT hanya sebagai ingatan bersama.

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.