.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

31 December 2009

2010 dan 101 taHniAh Wei

Salam buat semua di penghujung tahun 2009 ni ramai yg buat n3 untuk ketibaan tahun 2010,jadi aku pun buat juga la kan... bila duk tiba tahun baru baik tahun hijrah mahu pun masihi pasti ada yang duk sibuk pasang azam baru...tapi pastikan azam yg lama tu tercapai kalau tak tu...sambung jer azam yg lama tu sampai tercapai...
Kalu nak di fikirkan kenapa kita manusia ni semua ada azam masing² sebab nya kita setiap manusia ni mesti mempunyai sesuatu yang diingini seperti untuk menambah baikan dalam diri kita ataupun kehidupan kita seharian.
Dan satu lagi dengan azam yg kita tanam juga dapat membantu kita memcapai kejayaan..dan walau apa pun yg kita azamkan kita lah juga penentu kejayaan mahupun kegagalan.
So salam tahun baru dari Aku.....untuk semua.


Hehehe ni pic kat bwh ni sebagai penutup 2009 blog aku dah punyai 101 followers dah...capai juga hasrat aku semoga followers aku capai 100 keatas sebelum tiba 2010....terima kasih kepada followers kerana sudi layan blog aku yg tak seberapa ni...


Azam tahun depan harap lebih rajin update blog dgn bermacam idea la....


30 December 2009

CANDID PHOTO CONTEST


Contest blog link:http://aku-halim.blogspot.com/2009/12/candid-photo-contest.html

Salam ni dah hujung² baru aku terasa nak join contest yang dianjur oleh saudara halim ni...menang atau kalah aku tak kira janji aku tyr......hehehehe,gambar yang aku pertaruhkan ni masa aku bawak anak² aku nga anak buah aku pegi mandi kat starhill kat jb...

Gambar ni isteri aku yang rakam ketika aku duk syok layan anak² dan anak buah aku kat dalam kolam....tu kan aku duk kat dalam kolam budak punya...tak caya ker...
Dah balik baru aku tgk phone dan gambar ni mcm best jer..ada harapan nak menang ker...

ni la hasil gambar candid kamera aku....tgh wat magic tu...

24 December 2009

KaD KaWIn

Salam buat semua....ni dah kira penghujung tahun dah...kiranya dah nak abis jugalah majlis kawin dikalangan sahabat-sahabat kita agaknya.
dan semalam aku saja jer tengok-tengok balik koleksi kada jemputan kawin yang aku terima dan aku simpan.......Ada berbagai-bagai jenis dan saiz yang bolih kita dapati sekarang ni...Dan bisnes buat kad kawin ni agak lumayan jugak la agaknye yer...
Aku juga snap kad jemputan kawin aku dulu² dan aku juga snap best friend aku punya kad jemputan dia.........
koleksi kad jemputan
ada bermacam-macam jenis
ni la best friend aku Bad n Mar
hehehe ni yang aku punya dulu simple jerk
Rasa macam sekejap jer masa berlalu...tapi kad masih still simpan buat kenangan..........


22 December 2009

sI BuAh PiNaNG

Assalamualaikum...apa khabar kwn² sumer yerk...dah lama kiranya aku tak hupdet blog aku ni...malas nak hupdet tapi suka baca blog org..apa citer tu...

Sebenarnya aku 2 minggu lepas tak der la..g sukan yang jabatan aku buat kat UPM serdang....aku pg jerk tak main apa pun...heheheh.Wife aku yang main aku jaga anak pelik kan...


ni masa dia tengah cantik ni warna dia
ni bila dah kecut.....
Tak tau nak tulis pasal apa,abis aku nak citer la pasal pinang ni...ni aku nag wife aku kutip kat pejabat aku...byk ler jatuh dah musim dia berbuah...ada la 4-5 pokok...hari² lepas breakfast aku akan tengok kalau ada yg jatuh...sebelum naik opis kutip ler...
Jangan tak caya pinang ni aku wat bunga hiasan.....(tipu jer la...)pinag ni aku simpan sebab nak bagi nenek aku kat kampng makan nga sireh la....
Aku suka tengok warna dia yang oren tu....dan suker bau dia...walaupun ada yang kata busuk............
Nenek aku tiap kali aku balik dia mesti tanya ada ker pinang dari jb....walaupun aku nak balik ke kelantan...lama tu aku tetap simpan.......
Ada yang tak pernah tengok tengok la puas²....si buah pinang ni.


26 November 2009

MAk RaYA KorbaN ni TAk DApaT BaliK

Salam untuk semua...n3 kali ni just nk ucapkan SElamat HAti RAya AidilAdha/Korban kepada semua....dan untuk mak aku juga kalau terbaca la...hehehee mana ada mak aku nak main tenet ni kan...
Apa pun aku tak dapat balik raya korban tahun ni...hehehe wah hal tahun lepas pun tak balik gak...mmg mula nya niat aku n wife nak balik tapi last last tak jadik balik lak...atas sebab² yg tak dapat dielakkan walaupun dapat ditepis hehehhe..
Almaklum lah kan..kg aku tu jauh nun di pantai timur dan aku lak sekarang duk kat jb takut nanti banjir ditengah jalan walaupun boleh lalu ikut tepi jalankan..........
Walau apa pun tu bukan alasan sebab aku tak balik....sebab utama yang aku tak jadi balik kita adik beradik yg duk kl tu ada yang tak dapat cuti jadi mungkin awal tahun baru dapat balik...cian mak aku dia wat korban 1 bahagian...tahun ni, nak wat kenduri tak jadi..la...
Apa pun kami tetap tebus balik nanti dengan wat kenduri kesyukuran bila kami semua balik nanti.......kenduri coz adik aku nak dapat baby da.........
LAst wish happy raYA KOrban day pada semua... apa punya ayat daaa..............

PasAL BlAckbeRRy StorM 9500

Salam...n3 kali ni aku nak Bertanya kalu ada dikalangan blogger sekalian yang mana dah pakai blackberry storm 9500 ni..boleh tak citer sikit bagus ker tak jenis ni...hehehehe.
kalu yang tau tu boleh la komen sikit....coz mmg minat giler nak beli ni...sila lah bantu....hehehe


25 November 2009

KoNfiUs keR AkU yang Tak PAnDaI

SAlam n3 kali ni aku utara kan masaalah aku,ni sambil nak mintak diajar kalau aku yang tak tau..heheeh nak ajar biar lah ikhlas okey...

Masaalah aku yer lah...ada la sebelumni pun dah ada orang yg jadi followers aku...tapi bila aku nak followers blog diaorang balik tak tau la..coz bila klip kat gmbr dia orang tak der pulak link untuk ke blog dia...

Bukan apa pun yer la..aku sendiri pun faham kan..setiap blogger mengharapkan akan ramai blogger kat luar tu menjadi followers blog masing²...ker aku yang tak pandai..kalau ada sapa2 yang tau boleh la tlg ajarkan aku nie.........
Aku bukan apa takut nanti yang dah follow aku kata aku tak sudi nak follow blog dia orang lak..blog aku pun bukan nye canggih sangat pun..heheheh...biasa jer pun....
Dan pada sapa yang follow aku tu harap letak la...link blog korang supaya senang aku nk follow balik...
note:harap pada tuan punya blog yg baru follow aku tu..amik perhatian ok...

24 November 2009

MeManG BeRoKBand LAh...celcom

Salam ni entry nak kondeng pasal broadband aku la ni...dah banyak kali aku call asyik² jawapan yang sama yang tak logik,dan staff mereka macam dah diajar dengan jawapan yang sama.
Masaalah yang aku alami dengan celcom broadband ni 2 jer...satu line asyik terputus dan satu lagi dia ada limit la...dia bagi 5 gb jer tiap bulan.

Dulu masa aku nak daftar tak bagi tau pun ada limited kalau nak download apa²....dah sah kena tipu hidup²..
Apa yang bagus sumer pun sama jer la...aku rasa kalu pakai yang lain pun...sebab negara kita bukannya mencapai kelajuan macam negara maju lain kat Asia kan..contoh yang paling dekat Singapore la..jauh lagu laju pada kita serve internet dia orang.

Nak di potong ada ikat kontrak....apa yang boleh buat sabar jer la.......


23 November 2009

beRcINta SeBeluM @ SeLePAs KaWin MaNA laGi BaIK

Salam untuk semua rakan² blogger sekalian,dah lama rasanya saya tak buat N3 kat blog ni...dan untuk kali ini saya saja jer nak kongsikan tajuk yang seperti diatas tu...hehee dan tajuk ni juga sama dengan tema pertandingan dikir barat yang berlangsung semalam kat tv2 secara langsung........

Dalam kita membicarakan hal yang sebegini maka akan timbul lah pendapat yang bermacam² dengan hujah yang tersendiri kan....dan pada saya sendiri pun agak payah untuk mengatakan
yang mana lagi bagus adakah bercinta sebelum atau pun selepas berkahwin...dan pada saya terletak pada diri sendiri...lor.

Dan saya sendiri pun chentha dulu baru kawin ma...heheheh dan rasanya yang korang sumer pun sama macam saya juga la kan...dan jarang la sekarang ni kalu orang kata kawin dulu baru nak bercinta kan...sebab apa saya cakap gitu sebabnya zaman sekarang ni,kita kalu nak kawin mesti kita yang cari sendirikan dan biasa nya bila kita cari sendiri kita mesti nak couple² dulu kan... nak pegi tgk wayang la....dan pegi piknik la...hahaa tu bukan saya ok...tak main la tgk² wayang ni...hehehe

Dan pada saya juga kebanyakan bila orang kawin dulu baru nak bercinta ni mesti kes orang tua yang cari kan pasangan..mungkin anak tu jenis yang tak kisah atau pun terlalu sibuk sampai tak sempat nak carik jodoh untuk diri sendiri dan yang paling last sekali orang tu jenis yang pemalu atau pun takut untuk nak tackle pasangan heheeh..betul tak..

Dalam kes ni juga ada yang kata kita bercinta dulu baru bagus baru kita boleh kenal hati pasangan kit adan ada yang kata kawin dulu baru bercinta lagi bagus...dan itu semua terpulang kepada individu masing²...

Jadi apa pun yang dibuat keputusan ditangan masing² dan sikap saling bertolak ansur sesama pasangan adalah sikap yang paling penting dalam berumah tangga...Cewah..mcm nasihat la pulak.........poyoh jer saya ni kan..

Dan korang sumer mesti ada cara masing²kan..dan buat lah yang mana yang terbaik untuk diri sendiri....dan ingat tu tolak ansur paling penting ok.........


12 November 2009

CacThEyE PuNyA CaRA

Salam untuk semua..kali ni n3 nak citer pasal cactheye..walaupun benda ni dah lama juga sumer duk kecoh kan..tapi saya baru nak citer kat sumer...dah terlambat ker..jom la pakat² kita sertai benda ni..kLip sini

Tapi ni sikit la info tentang benda ni pada yang tak tau lagi dan pada yang tak amik tau sebelum ni..
Ambil cepat peluang keemasan ni..
pendaftaran free je!!just sign up -e-mail n pasword jangan berlengah lagi..
bila anda mendaftar, automatik RM1 akan dimasukkan dalam akaun anda..cukup mudah.
Untuk maklumat anda catcheye ini merupakan syarikat pengiklanan seperti nufnang.
Bezanya ia baru sahaja mahu dilancarkan dan yang lebih menarik ia membayar anda untuk setiap page yang anda view.
Sebaik cukup RM50 dia akan menghantar cek terus kerumah anda..
Benda ini 100% free dan anda hanya perlu meminta hanya 10 orang lagi mendaftar secara percuma di bawah.
Tiada risiko untuk rugi dan jika anda berjaya melakukan perkara ini lihatlah berapa banyak cek sampai kerumah anda hujung bulan ini.
Rebutlah peluang keemeasan ini sementara dia di pre-launch.Bertuahnya anda kerana anda adalah yang terawal mengetahui program syarikat ini.
Oklah sampai jumpa lagi saya amat berharap awak dapat bersama saya dan semua..okey

p/s: benda ni free je.tak payah keluar modal langsung tau..cuma daftar dan sign in balik..jgn lepaskan peluang keemasan ni.daftar percuma cuma klik di link bawah ni.Dan ianya semudah anda belajar ABC...
http://www.catcheye.com.my/?r=10980

03 November 2009

PeRemPuAN BeRkaLUnG SorBaN

Kali ni saya nak kongsi tentang citer indon ni best la citer dia yang bertajuk Perempuan Berkalung Sorban dan sedikit sinopsis yang saya dapat kat internet juga...lagu tema dia pun best yang dinyanyikan oleh Opick dan dinyanyikan semula oleh Dato Siti Nurhaliza lagi la best korang layan la klip video tu nanti ok.ni baca dulu sinopsis dia...Saya pun tak pasti kat Malaysia ni dah tayang ker belum citer ni...

SINOPSIS:
Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Qur’an, Hadist dan Sunnah.

Buku modern dianggap menyimpangDalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa.

Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengijinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua.

Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda).

Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuhDalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.…Apakah cinta anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? Bagaimana hubungan Anissa dan kedua orang tuanya dan Samsudin suaminya? Apakah Anissa dapat menjadi muslimah seperti yang diinginkan orang tuanya?



klip video Nyanyian Dato Siti Nurhaliza

Note:Apakah dinegara kita perempuan masih diperlakukan seperti itu..ternyata tidak sama sekali rasanya..

27 October 2009

KrediT KaD oh KrediT KaD

Assalamualaikum
Untuk N3 kali ni bukan kan kondeng sesiapa dan bukannya ada niat politik okey,ni lebih pada tak puas hati jer,,yer la bila dengar bajet yang dibentangkan tu hari oleh PM kita ni,dah la hampes nak dapat bonus tapi dikejutkan lagi bahawa setiap pemegang kad kredit akan dikenakan caj lagi...RM50 tu bukan sikit,walaupun untuk setahun sekali jer.

Saya rasa ramai lagi yang kat luar sana yang mana ada kad kredit tak puas hati kan macam saya ni...dah la saya ni bukannya pakai selalu pun kad ni.Ada pakakai pun untuk kes² tertentu sahaja..kes apa tu..bila nak sesuatu yang berkenan dihati la.. hehehe..
Lagi satu pakai pun wat isi minyak keta jer.....
Saya rasa ramai yang muka macam kat atas tu kan
bila dah kena bayar.heheheh
Saya rasa hampir semua pekerja di Malaysia mempunyai paling kurang 1 kad. Harus diingat bukan semua pekerja di Malaysia wajib membayar cukai, tetapi rata-rata pekerja berpendapatan lebih RM 1,500 sudah ada kad kredit.Jadi pengiraannya, kalau anda mempunyai 3 kad kredit prinsipal dari 3 bank yang berlainan, 2 daripada kad kredit prinsipal itu pula ada 1 kad tambahan, maka anda akan membayar:RM 50 x 3 = RM 150RM 25 x 2 = RM 50Jumlah cukai perkhidmatan kad kredit = RM 200Hahaha kayo la.akayo la..eh sapa yang kayo ek...

NOTE:HARAP PIHAK KERAJAAN KAJI BALIK BENDA NI.....
SALAM 1MALAYSIA "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"



23 October 2009

bX-59cppW

salam..buat teman² blogger sekalian,kali ni saja jer kongsi diantara semua pernah tak terjadi bila nak buka blog tak boleh dan dia keluar error bX-59cppW tu...
memang cuak betul pastu dia siap ajar lagi cara nak settle problem tu..ingatkan blog saya dah korap dah...sedih woo kalau blog dah korap bukan senang nak dapat balik followers semua....
last sekali saya tak ikut pun step yang dia ajara tu...fikir baik jer wahhal dalam hati memang cuak gila abis la blog aku......
Bila try byk kali baru boleh bukak balik blog,tu pun g pakai pc member dah boleh baru try kat pc sendiri...heheheh
MUngkin ada yang pernah terjadi kot...dah ramai sangat orang layan blog ni..tu yang jem tu agaknya..

21 October 2009

DApaT HadIAh Yg PerTamA

Assalamualaikum....

Hari ni happy sikit lor...coz saya dapat hadiah dari rakan blogger..kerana menyertai peraduan yang dia anjurkan.Kisahnya bukan sengaja nak menang pun..saya tengok posting blog dia yang terbaru dan dia tanya buah apa kah ini...dan saya pun terus bagi jawapan dan betul lak..ayat seterusnya tu saya tak baca pun yang dia cakap kalau sapa betul dapat hadiah....

Tak sangka tetiba dia tinggalkan msg kat blog mintak alamat untuk bagi hadiah...orang nak bagi timer jer...Apa pun terima kasih pada tuan punya blog si emi tu... blog dia memang cantik ler...macam orang dia jugak...korang yang tak pernah layan blog dia boleh la try...klip jer emy blog.


dapat jer terus amik gmbr
dari orang yg bagi
siap bungkus nga old paper lagi
tu la model jam nya..hehehe
ni la rupanya cantik tuh...(harga dirahsiakan)
Apa pun terima kasih kat emi,semoga lain kali anjur lah lagi peraduan tu...semoga murah rezeki lagi....
battery nak kena beli sendiri lor....


20 October 2009

DuNiA SeNi AnaK² ku

Assalamualaikum


Untuk hari ni saja jer nak kongsi dengan semua tentang hasil kerja anak² ku ketika di taska tempat dia orang duk sehari².Bila di tengok hasil kerja yang cikgu dia orang letak dalam beg kelakar pun ada.


kalau di perhatikan betul² setiap gambar yang mereka berdua warnakan tu sebenarnya ada gambar yang dilukis oleh cikgu mereka,tapi apa yang dah jadi bila pensel warna dibagi pada mereka.Kau orang sumer boleh tengok la..hasilnya...


Kalu kat rumah memang dia orang ni tak dibagi sangat pegang pensel warna,kan nanti satu rumah penuh dengan hasil kreatif diaorang kat dinding....

ni hasil kerja si abang (Haizi)
ni Haikal punya kerja(gmbr bunga sebenarnya)


ni hasil kerja diaorang nga rakan²


ni Haizi punya kerja

ni 2 hasil kerja si haikal

ni la 2 budak yang kreatif tu..

kat atas tu la kerenah dia orang berdua yang nak dilayan,sampai jer kat taska nak kena ajak mandi dulu..lepas mandi saja jer dia orang ni mintak nak suruh beli mee goreng nga air kotak setiap seorang...


13 October 2009

PrOmOsI PeRenCaH MeE BaNDunG

Assalamualaikum...

Maaf lah yer, tajuk jer bikin gempak ana bukan pengedar laaaa..ni pun kirim kat kawan yg balik Kampung kat Muar jer..

N3 kali ni pasal makan lagi la...hehee ni boleh dikatakan sambungan pasal n3 yang lepas yang wife ana masak mee bandung tu,ramai yang kata nampak macam sedap jer kan...ni ana nak story la sikit,memang masa yang makan malam tu semua orang pun kata sedap.Dan ada yang tanya pakai perencah apa,jadi hari ni ana nak kasi pecah satu rahsia.....ditambah lagi dicampur dengan udang sotong dan byk fish ball....

Wife ana pakai perencah yang berjenama "Mak Pon".Ehehehe pelik dan unik kan nama perencah ni.Dan perencah ni berasal dari Muar Johor tempat yang biasa dengan jolokan Mee Bandung yang sodap² gitu...

Jadi dah ada dikalangan blogger pun kata mcm sodap,dan memang sodap pun dia orang yang cakap la..ana memang tak makan mee bandung sorry...la just cerita kat semua jer la...

Kat kertas tu siap ada lagi cara nak memasaknya cukup senag kan....tak sampai 1 jam pun dah siap ukt dihidang kepada tetamu semua...hehehehe


dari 5 bungkus dah tggl 3 jer
tu siap ajar cara nak memasaknya lagi
ni la rupanya perencah tu...isinya
Ni sesuai untuk makanan segera la kalau² jiran datang secara tak diundang hehehehe..
ikut kata wife, satu paket ni boleh untuk satu kilo mee la lebih kurang...
kalu ada yang nak try boleh ana tlgkan..hehehehe ikhlasa ker tak ekkkk....ikhlas....

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.