.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

06 July 2009

TaNdA² HaRI KiaMAt daH DeKAt

Assalamualaikum

Posting kali ni aku nak kongsi sedikit ilmu tentang tanda-tanda hari Kiamat sudah hampir dengan kita.Bunyi nya macam menakut kan tapi itu lah realiti yang kita terpaksa hadapi,dimana setiap permulaan kita pasti akan berakhir.Kita semua yang hidup akan mati bila tiba masanya dan hari Kiamat itu juga akan tiba.Semoga selepas kita membaca dapat kita sama-sama menilai diri kita dan fikirkan tentangnya.

1)Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. " - Sahih Bukhari

Masya’Allah benda ni memang dah terjadi pun,kalau kita tengok berita pun memang hari-hari duk tunjukkan,macam mana saudara seagama kita (ISLAM) di Palestine mati kerana duk mempertahankan tanah tumpah darah dan Baitulmuqddis ni.Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang² yang diredhai oleh Nya.

2)Bermaharajalela alat muzik

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Masya’Allah benda ni pun memang dah terjadikan,boleh dikatakan hari-hari kita duk dengar muzik,dan macam-macam ragam penyanyi yang kita duk saksikan.Semoga apa yang kita dengar biarlah yang dibolehkan.

3)Menghias masjid dan membanggakannya

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Memang kalau kita perhatikan sekarang ni pun memang banyak masjid-masjid yang didirikan dah dihiaskan dengan cantik dengan hiasan yang mahal-mahal,tetapi kalau kita perhatikan tak ramai pun makmun yang datang solat berjemaah pun.Dan kalau ramai pun seminggu sekali jer lah.(Sembahyang Jumaat)

4)Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Yang ni pun satu lagi tanda yang memang dah berlaku pun,tak payah nak pergi tengok jauh-jauh.Kat dalam negara kita sendiri pun ada dah,dek kerana perbezaan fahaman politik jer antara anak dan ayah pun boleh bergaduh dah terputus hubungan.Apatah lagi yang tiada apa-apa hubungan memang banyak kita dengar pun.(semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dinyatakan ini.

5)Ramai orang soleh meninggal dunia

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Yang ni pun mungkin dah berlaku tapi kita tak ambil kisah kot.Mana lah kita nak kenal sangat dengan tokoh-tokoh agama,apa yang kita kenal artis-artis jer baik tempatan atau antarabangsa.Dan bila berlaku kematian pada tokoh-tokoh agama pun kurang dipaparkan dalam akhbar ataupun tv,tapi bila yang meninggal tu artis cepat jer kita dapat tahukan.Siap ada yang menangis lagi kerana meratapi kematian tu.(semoga kita sama-sama berubah dan menginsafi diri insyaAllah.

6)Orang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

Benda ni pun dah terjadi dah,cuma kita jer yang mungkin tak perasaan atau buat–buat tak perasan kot.Yang ni malas nak ulas panjang la kita semua ada akal dan fikiran boleh fikir sendiri.
Semoga kita tidak salah dalam menilai seseorang insyaAllah.

7)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Yang ni pun memang dah ada pun,contoh nya kita memag susah nak memberi salam pada orang yang tak kita kenali.Dan kalau adapun mungkin tak ramai la yang mampu berbuat demikian.Semoga kita sama sama mengubah cara kita dalam kehidupan seharian.

8)Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Yang ni kalau sapa-sapa yang tak perasan memang orang tu orang buta jer kot.Sebab kalu kita keluar jer rumah memang bersepah la kit adapat tengok.Anak-anak muda bahkan yang tak berapa muda pun ada la yang dressing macam ni.Pakai baju dan seluar memang fit la sampai nampak susuk tubuh,tapi yang hairannya diorang ni bertudungkan.Tak ker nampak ganjilkan.
(Semoga kita bersedia untuk berubah dan mendengar apa yang baik diperkatakan kepada kita bukan hanya tau membantah dengan macam-macam alasan kita sendiri.)

9)Bulan sabit kelihatan besar

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Yang ni memang ramai yang tak perasan kot,termasuk la saya pun,bukan selalu pun kita tengok bulan kan.Paling tak pun setahun 2 kali jer masa nak mula puasa dan nak rayakan.Tapi tak per janji kita Perasan benda-benda yang dah disebutkan sebelumnya tu.

10)Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Perkara ni memang banyak berlaku ni kan.Banyak khabar angin yang tersebar sekarang ni dah senang juga kita terima selari dengan kecanggihan teknologi kan.Gosip-gosip artis,ahli politik dan lain-lain lagi kan.Semoga kita tidak mudah menyampaikan dan mempercayai sesuatu berita yang kita tidak pasti akan kebenarannya.

11)Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Ni pun dah banyak dah kita dengar dan tengok pun.Orang buat sesuatu kerana sesuatu kan.Memang ada pun jenis orang yang sanggup menutup kebenaran demi sesuatu yang dikejarkan.semoga kita terhindar dari perkara ni kan insyaAllah.

12)Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai. " - Sahih Muslim

Yang ni pun mungkin akan terjadikan,kalau kita tengok negara musuh Islam asyik nak serang negara Arab yang bukan sekutu dengan dia kan.Dulu Iraq kan dan sekarang Iran pun dah nak kena serang kan.Semoga kita sesama Islam kuat dan bersatu dan terus bersatu supaya kita tidak mudah di perkotak katik kan. insyaAllah.

Nota:Segala ulasan yang dihuraikan adalah daripada apa yang dilihat,dibaca,didengar ataupun ditatap di tv.Tiada niat untuk menyinggung hati dan perasaan sesiapa pun semoga apa yang kita ketahui yang baik itu dapatlah dikongsi bersama dan semoga amalan itu diberkati.Saya pun manusia biasa yang punyai kekurangan dan bukan menulis untuk menunjuk pandai atau mengenakan sesiapa.Hanya untuk berkongsi sesama kita....Insya'Allah

No comments:

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.