.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

23 July 2009

LaGu 1 MaLaYSiA

Untuk posting kali ini aku ingin nak komen sikit tentang lagu 1Malaysia.Tak best la aku dengar lagu tu.
Ni sedikit info yang aku cari kat internet tentang pertandingan mencipta lagu 1 malaysia.

4 lagu yang terpilih menerusi Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia berserta dua lagu sumbangan Datuk Mokhzani Ismail akan dipromosikan mengikut kesesuaian dalam usaha memperkayakan khazanah lagu patriotik tempatan.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pemilihan enam lagu itu memberi kepelbagaian pilihan kepada jabatan kerajaan dan swasta untuk mempromosikan gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Dr Rais berkata, sudah menjadi hasrat kementerian supaya semua lagu itu dimainkan oleh stesen televisyen dan radio, sama ada di peringkat nasional dan negeri supaya mesej mengenai 1Malaysia difahami jelas oleh masyarakat.

“Penciptaan lagu ini melambangkan sokongan menerusi medium muzik selain mencerminkan azam masyarakat Malaysia untuk bersama bersatu menyelami seruan Perdana Menteri,” katanya.Beliau berkata, Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia dianjurkan bertitik tolak daripada cetusan 1Malaysia oleh Perdana Menteri berteraskan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Berlangsung dari 4 Mei hingga 31 Mei lalu, sebanyak 341 penyertaan diterima namun hanya empat yang dipilih panel hakim diketuai Pengerusi Orkestra RTM, Ahmad Ali pada sesi penilaian yang dijalankan pada 3 Jun lalu.Dua daripada lagu terpilih adalah ciptaan bersama Nik Nizam Jaafar dengan lirik diilhamkan Lokman Ghani, satu ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah manakala lirik oleh Syed Indra Syed Omar (Siso), manakala sebuah lagi ciptaan LimKokWing Sound and Music Design Academy Sdn Bhd.Setiap ciptaan terpilih menerima wang tunai RM8,000 serta sijil penghargaan yang diterima pada majlis penghargaan yang berlangsung di Auditorium P Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dua lagu ciptaan Mokhzani daripada Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM bersama penulis lirik, Chuari Selamat dihasilkan dengan tujuan untuk menyemarakkan pilihan lagu patriotik tempatan turut menerima sijil penghargaan.Dr Rais berkata, pertandingan seperti itu dianjurkan bertujuan untuk mengembangkan serta mempopularkan lagu patriotik selain meningkatkan aspirasi serta minat terhadap penciptaan lagu bertemakan cintakan negara.“Enam lagu yang terpilih itu akan dijalinkan dengan pelbagai visual berkaitan supaya pengisiannya melahirkan kepelbagaian untuk dihayati rakyat,” katanya.Menurutnya, beliau yakin pertandingan itu juga membawa objektif untuk melahirkan semangat patriotisme di kalangan rakyat menerusi lirik yang merangkumi penyatuan kaum, kasih sayang, cintakan negara dan pembinaan bangsa tanpa menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.

Penilaian pemenang ditentukan berdasarkan aspek kreativiti melodi bermutu, mempunyai nilai komersial dan menepati konsep yang menarik minat semua golongan.“Lagu terpilih mempunyai susunan tertib serta melambangkan hasrat seperti apa yang dinyatakan dalam syarat penyertaan, lalu memberi kelebihan untuk berada dalam senarai utama,” katanya.Persembahan Lagu 1Malaysia disempurnakan penyanyi Roy, kumpulan Gemersik Chorus bersama Karen Tan, Kelvin Lau, Banumitha dan Swara.

Aku cari jugak lagu 1Malaysia tu kat internet tapi tak jumpa lak....dan pagi tadi aku terdengar lagu 1Malaysia yang faizal Ismail HOT FM cipta tu lagi best pada aku....




Korang kalau nak dengar lagu 1Malaysia tu sebelum berita perdana malam mesti dia mainkan dulu lagu tu...
Jangan marah ek ni hanya pandangan aku jer,mungkin cara penerimaan antara kita berlainan..



Post a Comment

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.