.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

30 September 2009

SeLeKSi RaYA 2009

Salam Aidilfitri dari ana sekeluarga.Alhamdulillah ana dan keluarga selamat sampai di Johor Bahru pada malam Sabtu setelah dalam perjalanan selama 13 jam setengah,lebih setengah hari perjalanan kami.Dek kerana banyak kerja kat opis hehehe ana tak berkesempatan nak wat N3 dan hari ini baru ada kesempatan.

Gambar² dibawah adalah serba sedikit wajah² kami berhari raya bersama.Semasa Perjalanan pulang ke kampung halaman saya di Kota Bharu Alhamdulillah tiada apa² masaalah dan perjalanan kami pun lancar tanpa ada kesesakan jalan raya.

Tapi semasa dalam perjalanan kami ternampak 3 kemalangan yang berasingan,dan keadaan kereta boleh dikatakan semuan nya hancur dan macam mana nasib masing² pun tak diketahui kami.Dan doa kan agar semuanya selamat.

Dan buat pertama kali nya juga balik kampung kali ini ana hanya duduk sebelah jer yang bawak keta ialah sapa lagi kalau bukan wife ana la...Sebelumnya bukan tak harap dia bawak ,tapi keadaan yang tak mengizinkan anak kecik lagi dan tak nak duk sendiri naka nga mama dia juga....


ni la haikal yang muka blur muka dia
dah lama sikit baru dia ceria budak ni ni sewaktu dlm perjalanan tido memanjang
ni si haizi lak wat mula blur dia tu
ni la salah satu mercun yang kami main
masjid Jerteh kami singgah solat zuhur
ni haikal tido lagi penat tuh
ni la kisah depa berdua ceria dalam gundah kot
apa la yang dia tengok tu
ni la driver saya masa balik kampung
ok tak pasangan ni
ni jer la gmbr kami bersama anak² asyik nak main jer
Dan raya kali ni amat ceria sesangat heheh kami mercun sakan,Adik ipar aku la kaki beli mercun dan macam sambut hari merdeka terang satu kampung,dan penuh semua keluar nak tengok.tapi memang best la dan cantik sesangat tapi sayang gambar ada yang amik tapi tak menjadi.


16 September 2009

SalaM AidilFitRI

kalau ada yg rasa berkenan amik la e-kad raya ni hehehehe

Assalamualaikum...ni N3 terakhir sebelum ana balik bercuti untuk kali ini.InsyaAllah ana akan jenguk balik blog ana selepas raya nanti.Ana balik bercuti selama seminggu lebih dan ana akan mula bekerja pada 28 sept 2009.
Di kesempatan ini ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua followers ana.Dan Maaf Zahir Dan Batin dari ana sekeluarga. Jika ada salah dan silap dan ada yang terkasar bahasa tulisan dan sewaktu dengannya.
Semoga Raya kita semua Raya dan diberkati dan bergembira hendaknya InsyaAllah.


15 September 2009

TuNAi TaNGGunGJaWaB


Zakat Fitrah

Assalamualaikum...Alhamdulillah kita dah pun berada di penghujung Ramadhan,berkesempatan untuk kita menghadapi bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.Dan seperti lazimnya juga kita setiap tahun dibulan Ramadhan kita akan menunaikan satu lagi perkara wajib keatas umat islam iaitu membayar zakat fitrah.

Ana pun baru jer hari ni bayar zakat fitrah,memang setiap tahun memang dah hujung-hujung baru ana bayar pun.Dan untuk bayar zakat fitrah ni pun tak susahkan kat mana-mana pun adakan.Kat bazar ramadhan kat shopping kompleks hatta di Masjid lagi la ada.

So kepada sesiapa diantara kwn² blogger yang belum lagi bayar masih lagi ada kesempatan,jangan nanti ada yang kata alamak aku terlupa la.Terutamanya yang ada tanggungan macam ana ni memang kena bayar la.Pada yang masih lagi ditanggung tu mungkin diorang tak kisah sangat pun coz akan ada orang yang akan bayarkan.

Ditempat ana di johor ni kadar yang dikenakan ialah RM 7.50 bagi setiap seorang,Tapi ada satu lagi kadar yang dikenakan ialah RM 5.00 setioa seorang.Apa yang ana dengar semasa khutbah Jumaat Sebelum puasa mengatakan yang mana makan beras import dikenakan Rm7.50 dan yang mana makan beras tempatan dikenakan Rm 5.00.

Tapi ana tetap kena bayar Rm7.50 setiap seorang,itu tak kisah pun apa yang pasti kita tunaikan kerana zakat ni dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik yang mungkin ada dikalangan kita.


ini la rupanya resit bayaran zakat
mungkin berbeza ikut negeri.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
So sapa-sapa yang rasa dirinya seperti yang disebutkan dalam Hadis diatas dan masih belum lagi membayarnya jangan lupa bayar okey.

09 September 2009

090909

Salam untuk semua rakan blogger sekelian,N3 ana yang ke2 kalinya untuk hari ini hehehee ramai di antara blogger yang ambil kesempatan membicarakan tentang angka 090909.

Apa ada pada angka itu pada sesetengah orang kan,dan ada pulak sesetengah orang yang cukup bermakna dan penting tentang sesuatu angka.

Pada tarikh yang unik macam gini la kita dapat tengok dan dengar ramai orang akan abadikan tarikh ini dengan kehidupan peribadi masing² kan.Ada yang nak buat kenduri kawin ada yang nak buat majlis pertunangan dan sebagainya.

Dan itu terpulang kepada individu la..pada ana sendiri pun ana ada juga mementingkan tentang sesuatu angka,sebagai contoh no keta,moto dan handphone kalu boleh kita nak yang cantik².

Dan bagi yang abadikan tarikh 090909 hari ini untuk sesuatu majlis dan sebagainya,angka ini akan berulang kembali pada tahun 2109.Lama tu mungkin masa tu dah tak ada kot..hehehe..

Apa ada pada angka itu terpulang kepada setiap orang untuk menilaikannya.Dan pada yang memilih tarikh hari ini untuk apa sekali pun ana ingin mengucapkan tahniah!!!!!!!!.

Ni extra note:Terima kasih pada wafda yg beri komen terlupa nak ckp yg wat kenduri kawin tu bukan org Islam
tapi orang bukan islam la maklum la ni kan bulan pose,coz masa ana nak pegi kerja
semalam diorang siap pasang khemah sebab nak daftar kawin sempena 090909.

RAMADHAN DIGALAKKAN BERSEDEKAH TAPI....

Assalamualaikum

Untuk N3 kali ini ana ingin membicarakan tentang amalan yang amat digalakkan dibulan Ramadhan iaitu selain kita beramal ibadat kita juga digalakkan banyak bersedekah kerana ganjaran yang tinggi akan dibalas.

Tetapi persoalannya di bulan Ramadhan juga lah begitu ramai orang yang memang dikategorikan kurang upaya seperti buta, fakir dan sebagainya mengambil kesempatan untuk meminta simpati dari kita semua.

Kalau ana duk kat opis ni boleh dikatakan selang beberapa hari pasti ada golongan yang disebut tadi datang silih berganti untuk meminta sedekah,jadi adakah ikhlas sedekah yang diberikan oleh kita jika kita terpaksa memberi walaupun sedikit sedangkan hati kita tetap berkata-kata.

Memang bukan satu paksaan untuk kita memberi atau pun tidak.Pasti antum semua pun pernah mengalami keadaan yang seperti ana alami.

Ana boleh dikatakan setiap tahun di bulan Ramadhan orang yang sama setiap tahun yang datang kat opis ana,ada yang buta dipimpin oleh yang tak buta,ada yang muallaf dan sebagainya.

Apa yang dibangkitkan oleh ana bukan kata hendak mengungkit tapi sekadar untuk luahkan sambil berkongsi keadaan dengan antum .

Jadi fikir-fikir kanlah adakah patut kita memberi jika hati kita tetap berkata-kata..(eh ari-ari ada org dtg mintak sedekah).

08 September 2009

HoBi BaRu Yang Tak DiSaNGKa²

Assalamualaikum,dah lama juga rasanya ana tak update blog bukan tak der masa tapi ana tak tau nak tulis apa.Ok la untuk kali ini ana dengar cara tidak sengaja dah ada hobi baru dibulan puasa ni apa lagi hobinya ana pergi mancing udang la,tapi bukan kat laut ataupun sungai tapi kat kolam jer...

Kisahnya ana pergi tukar cermin kereta ana yang retak akibat terkena batu masa pergi jalan-jalan nga family dulu.Nak dijadikan citer nak tunggu cermin keta baru ana ditukar lama gak jadi ana saja jer tengok kat sebelah kedai tu ada kolam mancing udang ana pun terus jer minat nak mancing udang.

Tak lama la juga dalam 5minit udang tu pun terus ngap jer ana punya pancing agaknya lapar la tu..Untuk satu jam bayaran sebanyak RM14,tak tahu la mahal ker apa kalau dah minat tu apa pun orang sanggup dan bukan main ramai lagi orang yang mancing kat situ.

Padahal kalau beli kat pasar dah dapat sekilo kot..hehehehe

ni la umpan yang disediakan sekali
opong-opong tempat ana panggil

ni la mangsa pertama yang ana dapat ni keadaan dalam kolam pancing
ni mangsa seterusnya
ni la yang ana dapat 5 ekor jer semuanya,
ni goreng pun sodap ni

Dalam masa kurang sejam kereta aku pun dah siap dah dengan cermin baru nya..tengah duk syok-syok mancing tauke cina dah tepon cakap keta dah siap dah....so ana pun mancing sejam jer la..

Untuk lain episod ana akan letak la gambar keta ana yang tengah tukar cermin tuh...

Nota kakiku:untuk n3 kali ini dan seterusya saya akan gunakan kata ganti diri sebagai ana,kalu dulu tu ana guna aku la saya la,so bila dah guna ana ni teringat zaman sekolah Arab dulu tu....hehehe harap maklum.

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.