.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

15 September 2009

TuNAi TaNGGunGJaWaB


Zakat Fitrah

Assalamualaikum...Alhamdulillah kita dah pun berada di penghujung Ramadhan,berkesempatan untuk kita menghadapi bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.Dan seperti lazimnya juga kita setiap tahun dibulan Ramadhan kita akan menunaikan satu lagi perkara wajib keatas umat islam iaitu membayar zakat fitrah.

Ana pun baru jer hari ni bayar zakat fitrah,memang setiap tahun memang dah hujung-hujung baru ana bayar pun.Dan untuk bayar zakat fitrah ni pun tak susahkan kat mana-mana pun adakan.Kat bazar ramadhan kat shopping kompleks hatta di Masjid lagi la ada.

So kepada sesiapa diantara kwn² blogger yang belum lagi bayar masih lagi ada kesempatan,jangan nanti ada yang kata alamak aku terlupa la.Terutamanya yang ada tanggungan macam ana ni memang kena bayar la.Pada yang masih lagi ditanggung tu mungkin diorang tak kisah sangat pun coz akan ada orang yang akan bayarkan.

Ditempat ana di johor ni kadar yang dikenakan ialah RM 7.50 bagi setiap seorang,Tapi ada satu lagi kadar yang dikenakan ialah RM 5.00 setioa seorang.Apa yang ana dengar semasa khutbah Jumaat Sebelum puasa mengatakan yang mana makan beras import dikenakan Rm7.50 dan yang mana makan beras tempatan dikenakan Rm 5.00.

Tapi ana tetap kena bayar Rm7.50 setiap seorang,itu tak kisah pun apa yang pasti kita tunaikan kerana zakat ni dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik yang mungkin ada dikalangan kita.


ini la rupanya resit bayaran zakat
mungkin berbeza ikut negeri.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
So sapa-sapa yang rasa dirinya seperti yang disebutkan dalam Hadis diatas dan masih belum lagi membayarnya jangan lupa bayar okey.

No comments:

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.