.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

12 October 2009

RiWaYat sI BAnTaL BuSyuK

Assalamualaikum
Untuk n3 kali ni ana saja jer nak kongsi pengalaman anak² tentang gelagat mereka dari hari kehari..pelbagai kerenah kan sampaikan kita pun tak tahan dek kerenah diorang ni..sajer jer..kan.

Tapi kali ni bukan kerenah apa pun,tapi si haikal ni la...kisah dengan bantal busyuk dia ni la...nak kemana² mesti dia nak kena bawak..bukan untuk tido jer..nak pergi taska pun dia bawak...nasib baik kalu nak g jalan² dia dengar kata tak payah bawak...bawak pun sampai dalam keta jer la....

Kisahnya dah lama kita orang cakap nak buang jer bantal tu tapi dia tak bagi,sampaikan bucu bantal yg 4 tu dah tak berwarna lagi dia kerjakan sebelum tido..hehehehe.So pagi minggu tu hari mama dia amik 2 bijik bantal busyuk dia tu terus jer potong depan dia,dan cakap kat dia ni nak wat bantal busyuk baru...tapi bagusnya tak nangis pun dia.Biasala..anak laki kan..mana boleh nangis...

Dari 2 bijik bantal busyuk yang lama tu mama dia jadikan 1 bijik jer..lepas tu dia amik terus cium dan suka jer.. yer la bau yang lama tu masih ada lagi kan... korang tengok la reaksi tuan punya bantal busyuk sebelum dan sesudah di operate.

protes la..tu siap korek hidung lagi

ni la rupanya bantal lama dia
taadaa ni la bantal busyuk baru haikal

alamak habis la bantal busyuk aku

tgk masih ok lagi kan saya

tak per lorr janji dapat baru

sapa yang buat bantal tu ha...siap bagi warning laa tu..

Entah² kat luar sana bukan budak jer yang ada bantal busyuk kan...yang dah besor panjang pun lagi dahsyat kan...


09 October 2009

JaMuaN RAyA KAt OpIs Daa..

Assalamualaikum

Maaf lah dalam 2-3 hari ni ana asyik update blog jer citer pasal makan..coz byk sangat jamuan raya yang terpaksa ana tempuhi dalam hujung² bulan Syawal ni..Untuk N3 kali ni ialah jamuan hari raya yang telah kami satu jabatan anjurkan tapi hanya untuk staff jer...Al maklumlah staf kami pun dah cecah 200 orang lebih.


Untuk jamuan kali ini ana sekali lagi terpaksa join team Marhaban,saja nak cukupkan korum...Dan untuk laki ini macam tahun² lepas juga dimana setiap unit perlu menyediakan menu masing² untuk dijadikan hidangan pada kali ini.Kami mempunyai 7 bahagian yang berlainan tugas yang dikerjakan..hehehehe.Kalu kat bangunan wisma ni kami la yang paling ramai staff rasanya bangunan pun sampai 3 tingkat kami kongker..

Dan penat la nak tunggu upload gmbr ni byk sikit pada biasa la..tu jer la yg dapat ana amik dan mintak tolong wife tolong amik pun ada...tu la untung bila husband and wife kerja satu jabatan kan..


ni ana dan En Zainal
ni la rupanya yg Marhaban
ni pun sama la..Marhaban

mcm² menunya...lapor²ni unit ana yang sediakan tempah jer..
desert pun ada buah n dadih
satey mesti adakan setiap
jamuan raya
kerepek pun ada gak..
ni my favourite laksa johor
ni pun mesti ada lemang n rendang daging
roti jala pun ada gak..
wah sedap la kuah satey ni...
udang goreng pedas pun ada..
haa ni kawan ana tgh mkn ni...tak abis² lagi
ni la rupanya bila ana dah abis makan kenyang
Alhamdulillah

Tu la kisahnya bila dah kenyang semuanya masing² bawak diri la... tunggu apa lagi nak gi masjid la,ni kan hari Jumaat...
NOte:Hari sabtu esoknya dah ada 4 buah rumah lagi la... hari ahad pun ada gak..penat tapi kenyang la...apa pun kita patut bersyukur kerana dikurniakan kesihatan negara yang aman dan dilimpahi dengan rezeki yang banyak..kalu tak mana nak ada orang nak wat rumah terbuka kan...

08 October 2009

MaRhaBaN JaLAn 3/12

Assalamualaikum

Semalamnya kumpulan Marhaban telah mengunjungi Jalan Uda Utama 3/12,ni lorong umah Ana la ni...kami berkunjung 15 buah rumah penat tu,siap tepat jam 10.30 malam.Dan majlis makan² kita sepakat adakan di rumah jiran ana yang sudi ofer umah dia tempat berkumpul dan menjamu selera.

menu utama ialah mee bandung yang dimasak oleh isteri ana laaa sapa lagi,
Kari ayam dimakan dengan ketupat nasi
pulut kuning dimakan dengan rendang daging
dan berbagai jenis kuih muih yg disediakan setiap buah rumah
buah-buahan
dan kek yang sedap-sedap semuanya.
Kumpulan Marhaban
mee bandung
berbagai kuih muih

dadih yg wife ana buat jugak

mmmm best laaa
banyak lagi ni...

SeBaGaI ReNUnGAn BErSAMA

Assalamualaikum
Cerita yang ana nak kongsikan ni bukan cerita baru tapi kes ni dah lama dah kita semua dengan dan baca kat internet,cuma cerita ini tak dihebohkan kat tv jer.Tak tau la apa motifnya.
Dan pagi ni ana bukak email dah tengok ada lagi kes Lina Joy ni.....sama² la kita baca dan jadikan ia sebagai pengajaran buat kita umat Islam semua. Teks ni agak panjang sikit tetapi bacalah sampai habis supaya kita semua tahu kan cerita ini.
( LINA JOY ) kehebatan peguam jahanam Azlina Jailani telah menang di Mahkamah. mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia... sapa yg lebih berkuasa... sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah...amin
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar....IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama... Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam)....

gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bilaberkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takutada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini denganmembuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkansignature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swtkerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani jugaminta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajarkuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda nidalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhanIFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan denganmana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak bolehdididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam katanak-anak. Sam pai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nakjadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dahdigazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolumidentiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depaminta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, diatidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumahibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurathendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la nibukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agamakita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalahnikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamahsyariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanyadikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hakpenjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentangajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu jugaajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bibledalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi diMalaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah MilleniumMuslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so manasensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PMdan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supayadibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata katMufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open mindedlangsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!'...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!-------------------------------------------------------------------------Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartarberhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada rajamereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasakyang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambildaripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawanafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anakcucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan SunnahRasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangisehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukumselain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsiral-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahua`ala `alam.27 SEPTEMBER 2007

Semoga kita semua dilindungi oleh Allah akan setiap keburukan dunia,dan semoga kita tetap dengan ajaran Islam.

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIMLAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPATTAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM....

07 October 2009

DaPat DuiT RaYa

Duit Raya Dan Hadiah

Assalmualaikum

Hehehehe nak tergelak pun ada...hahaha memang kami semua dah tergelak pun...bukan apa dalam bulan raya ni di Taman tempat ana tinggal ni kita ramai² menghidupkan bulan Syawal ni dengan mengunjungi setiap rumah dan melagukan Marhaban.Kami Ajk penduduk bertujuan untuk kunjung mengunjung sambil berhari raya la setiap rumah tapi memamg seronok la...dapat kumpul ramai² satu Taman tuuuu.

Tahun ni macam tahun lepas juga la kami memutuskan yang setiap rumah hanya menyediakan minuman ringan jer...dan rumah yang last sekali tempat kami berkumpul untuk makan,makanan yang disediakan secara gotong royong bagi setiap lorong jalan masing².

Penat memang penat la..bayangkan setiap malam kami akan mengunjungi tak kurang dari 10 buah rumah,dan yang paling ramai dalam satu malam yang kami kunjungi sebayak 15 buah rumah.

Tapi yang paling kelakar kami semua dapat duit raya dari Mak Aji yang kami panggil pada nenek seorang ni,setiapa tahun dia akan memberi sedikit duit raya pada setiap seorang,tapi bukan kami mintak atau pun paksa okey..

Sikit cerita pasal Mak Aji ni la..dia ni dah tua dah....dan duduk seorang diri jerrr dari apa yang aku dengar cerita jiran² rumah yang dia duduk ni anak² dia yang belikan untuk dia dan semua kelengkapan dalam rumah disediakan..ada tv(besor lagi tu),perabot ruang tamu...dan ada air cond lagi...umah ana pun tak der..tau.

So agaknya Mak Aji ni boring la kot duk sorang² dan duit banyak tu dia bagi pada yang datang Marhaban RUmah dia kot...tu yang buat kami semua tergelak tuuu memang tak sangka dah tua² cam gini pun dapat duit raya lagiiii RM 4.

Apa pun terima kasih pada MAk Aji Dan semoga dia dikurniakan kesihatan dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki....Dan begitu la doa yang kami akan bacakan dipenghujung setiap buah rumah yang kami lawati.

Note:Bukan RM yang kami semua inginkan okey,apa yang kami mahukan cuma untuk menghidupkan Cara orang² tua kita buat sebelum kita lagi.Dan ikhlas tu segalanya...

02 October 2009

MeNGeJaR PeLANgI PetAnG

Assalamualaikum
Mengejar pelangi petang wah tajuk N3 ana kali ni macam tajuk lagu la pulak.Sebenarnya bukan apa pun pelangi ni ana dan family nampak masa kat kampung tu hari.Ana besama isteri dan anak² baru balik dari Kota Bharu tetiba hujan turun dengan lebat sekali,rupanya dalam lebat hujan tu hujan panas...

Tengah duk syok bawak keta ana ternampak la pelangi dan tunjuk la kat anak² ana,tetiba wife ana bersuara dan mengatakan yang dia pun baru sekali ni jer dapat tengok pelangi berlapis dua dan lengkungannya pulak mencapai 180 darjah.

Lalu ana pun mengatakan yang ana pun baru ni la juga dapat tengok pelangi berlapis dua.Tapi sebelum ni pun ana dah tengok yang lengkung dia 180 darjah.Dan gambar ni di ambil berhampiran dengan lapangan terbang Pengkalan Chepa.

Dan memang jarang sekali kita dapat tengok lengkungan pelangi memcecah 180 darjah,tu pada ana la,tapi kalau kita dapat tengok pun dalam 45 darjah tu memang biasa kita jumpa kan.

nampak kan pelangi berlapis dua
ni dalam kaw lapangan terbang
sudut lengkungan 180 darjah



Pelangi salah satu kejadian Allah yang menarik sekali.Dan salah satu yang orang biasa kata bila ternampak pelangi ialah jangan tunjuk nanti buruk tangan....betul ker...tapi kita biasa tunjuk kan bila nampak pelangi,tak der pun terjadi kes buruk tangan.
Mungkin tu salah satu mainan orang²tua dulu kala kot...sebagai gurauan jer kot.

01 October 2009

BaNdar JB BerGoYanG

Assalamualaikum...hehehe hari ni ana terasa pening² la bukan nye mabuk apa pun tapi rasa pening akibat bangunan Wisma Persekutuan bergoyang dan sekeliling pun terasa kesan akibat gempa yang berlaku di Indonesia.

Perkarangan Wisma di penuhi oleh semua kakitangan dan orang awam yang berurusan.Keadaan kelam kabut semuanya lari turun dari bangunan termasuk la ana pun.Tapi memang memenatkan la..jap turun bila dan pegawai keselamatan bangunan kata semua dah ok dan dibenarkan menaiki semula bangunan.

Dan semasa ana engah buat N3 ni pun masih lagi bergoyang dan tengah pening² ni tapi malas la nak turun anggap selamat je laaaa.

Ini pun bukannya kali pertama rasa nya dah 2 atau pun dah lebih 3 kali dah kami semuanya mengalaminya....


Kakitangan Wisma Yang berkumpul di luar bangunanni kawan opis ana ni rupa takut jer tengok
ini pulak di perkarangan bangunan TJB
Berdepan W.Persekutuan JB
Orang ramai yang masih lagi menunggu untuk berurusan
masih lagi menunggu arahan sebelum
memasuki semula bangunan


Dalam kita bergembira di Malaysia yang aman dari segala kekacauan dan bencana sepeti gempa bumi dan ribut taufan,jangan sesekali kita lupa yang ada insan lain yang masih menderita.Seeloknya kita bersyukur kerana berpeluang mendiami bumi yang bertuah MALAYSIA kita ini.

Mungkin apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya dan Hanya Allah Yang Maha Mengentahui.


30 September 2009

SeLeKSi RaYA 2009

Salam Aidilfitri dari ana sekeluarga.Alhamdulillah ana dan keluarga selamat sampai di Johor Bahru pada malam Sabtu setelah dalam perjalanan selama 13 jam setengah,lebih setengah hari perjalanan kami.Dek kerana banyak kerja kat opis hehehe ana tak berkesempatan nak wat N3 dan hari ini baru ada kesempatan.

Gambar² dibawah adalah serba sedikit wajah² kami berhari raya bersama.Semasa Perjalanan pulang ke kampung halaman saya di Kota Bharu Alhamdulillah tiada apa² masaalah dan perjalanan kami pun lancar tanpa ada kesesakan jalan raya.

Tapi semasa dalam perjalanan kami ternampak 3 kemalangan yang berasingan,dan keadaan kereta boleh dikatakan semuan nya hancur dan macam mana nasib masing² pun tak diketahui kami.Dan doa kan agar semuanya selamat.

Dan buat pertama kali nya juga balik kampung kali ini ana hanya duduk sebelah jer yang bawak keta ialah sapa lagi kalau bukan wife ana la...Sebelumnya bukan tak harap dia bawak ,tapi keadaan yang tak mengizinkan anak kecik lagi dan tak nak duk sendiri naka nga mama dia juga....


ni la haikal yang muka blur muka dia
dah lama sikit baru dia ceria budak ni ni sewaktu dlm perjalanan tido memanjang
ni si haizi lak wat mula blur dia tu
ni la salah satu mercun yang kami main
masjid Jerteh kami singgah solat zuhur
ni haikal tido lagi penat tuh
ni la kisah depa berdua ceria dalam gundah kot
apa la yang dia tengok tu
ni la driver saya masa balik kampung
ok tak pasangan ni
ni jer la gmbr kami bersama anak² asyik nak main jer
Dan raya kali ni amat ceria sesangat heheh kami mercun sakan,Adik ipar aku la kaki beli mercun dan macam sambut hari merdeka terang satu kampung,dan penuh semua keluar nak tengok.tapi memang best la dan cantik sesangat tapi sayang gambar ada yang amik tapi tak menjadi.


.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.