.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

07 October 2009

DaPat DuiT RaYa

Duit Raya Dan Hadiah

Assalmualaikum

Hehehehe nak tergelak pun ada...hahaha memang kami semua dah tergelak pun...bukan apa dalam bulan raya ni di Taman tempat ana tinggal ni kita ramai² menghidupkan bulan Syawal ni dengan mengunjungi setiap rumah dan melagukan Marhaban.Kami Ajk penduduk bertujuan untuk kunjung mengunjung sambil berhari raya la setiap rumah tapi memamg seronok la...dapat kumpul ramai² satu Taman tuuuu.

Tahun ni macam tahun lepas juga la kami memutuskan yang setiap rumah hanya menyediakan minuman ringan jer...dan rumah yang last sekali tempat kami berkumpul untuk makan,makanan yang disediakan secara gotong royong bagi setiap lorong jalan masing².

Penat memang penat la..bayangkan setiap malam kami akan mengunjungi tak kurang dari 10 buah rumah,dan yang paling ramai dalam satu malam yang kami kunjungi sebayak 15 buah rumah.

Tapi yang paling kelakar kami semua dapat duit raya dari Mak Aji yang kami panggil pada nenek seorang ni,setiapa tahun dia akan memberi sedikit duit raya pada setiap seorang,tapi bukan kami mintak atau pun paksa okey..

Sikit cerita pasal Mak Aji ni la..dia ni dah tua dah....dan duduk seorang diri jerrr dari apa yang aku dengar cerita jiran² rumah yang dia duduk ni anak² dia yang belikan untuk dia dan semua kelengkapan dalam rumah disediakan..ada tv(besor lagi tu),perabot ruang tamu...dan ada air cond lagi...umah ana pun tak der..tau.

So agaknya Mak Aji ni boring la kot duk sorang² dan duit banyak tu dia bagi pada yang datang Marhaban RUmah dia kot...tu yang buat kami semua tergelak tuuu memang tak sangka dah tua² cam gini pun dapat duit raya lagiiii RM 4.

Apa pun terima kasih pada MAk Aji Dan semoga dia dikurniakan kesihatan dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki....Dan begitu la doa yang kami akan bacakan dipenghujung setiap buah rumah yang kami lawati.

Note:Bukan RM yang kami semua inginkan okey,apa yang kami mahukan cuma untuk menghidupkan Cara orang² tua kita buat sebelum kita lagi.Dan ikhlas tu segalanya...

Post a Comment

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.