.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

27 June 2009

PeRgiNya Raja PoP DuNia

Michael Jackson ketika mengadakan persembahan di Malaysia tak lama dulu

Asslamualaikum...

Semalam kita dikejutkan dengan kematian Raja Pop iaitu Michael Jackson,namun dalam kesedihan peminat-peminat diseluruh dunia meratapi kehilangan beliau kita sebagai umat islam harus bersyukur kerana beliau mati dalam keadaan sebagai seorang Islam.

Seperti yang kita semua tahu,beliau sudah pun memeluk islam tak lama dulu,dengan dorongan abang beliau sendiri iaitu Jermaine Jackson atau nama Islamnya Muhammad Abdul -Aziz jackson.

Alfatihah kepada Allahyarham Michael Jackson Atau nama Islamnya Mikhail.Semoga roh nya diterima oleh Allah sebagai hambanya yang baik disisi Allah.

Terpanggil untuk saya menulis tentang kematiannya ialah kerana saya bersyukur kerana beliau sempat memeluk Islam semasa hayatnya....Amin...

25 June 2009

SeMakiN KitA SeNanG SemAkiN LuPa KitA pAdA ALLAH

Posting kali ni aku nak kongsi sedikit peringatan buat diri aku sendiri dan juga buat semua.Dalam kita mencari kemewahan dunia jangan lupa tentang tuntutan Agama kita iaitu Islam.
Allah Subhanahu Wataala telah berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 10 yang tafsirannya:

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan-urusan masing-masing dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak dalam segala keadaan, supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."


Umpamanya;
1) Dari bujang -- kahwin No 1 -- no.2 -- No 3 -- DLL.
2) Dari pakai kapcai --- kancil -- Honda--- BMW----nye..
3) Badminton ---- Tennis --- Golf ----
4) Rumah sewa -- rumah murah -- teres -- bunglow...
5) Supervisor -- engineer --- manager -- GM---
6) Tv 14' --- 21" --- 42" ---- Home theatre...
7) Port dickson --- Langkawi --- Bangkok --- New York.. 8) Mancing parit --- kolam bayar--- laut dalam (sewa bot mewah)..
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour tetapi ramai diantara kita yang terlupa akan tuntutan Allah,dan jarang diantara kita untuk berusaha untuk lebih menumpu pada tuntutan agama kita sendiri,dek kerana terlalu leka mengejar kesenangan duniawi.

TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya
1) tak sembahyang ---- pastikan solat---jadikan amalan....
2) banyak maksiat ----- tinggalkan/kurangkan ----- hapuskan...
3) New York---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) solat sorang --- berjemaah --- solat di surau/masjid.... 6) 5 jam sehari menonton TV --- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.. 7) 3 jam baca akhbar/majalah/internet --- 2 jam majalah/akhbar/internet & 1 jam membaca AL-QURAN /selawat , zikir. 8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL IMPROVEMENT banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.
Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan.... Contohnye:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........hilang waktu (kerja lagi penting....dari solat)

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE/DISCO... sekarang.. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...

Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan kita dan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL.

Jadi sama-samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun..

Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin..

Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya..lama.......lamanya.......infiniti...
Semuga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangi).
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.
p/s: Kalau rajin.....Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati .

24 June 2009

KeLaNtAn NeGeRI KeLaHirAn AkU

Assalamualaikum...

Untuk post kali ni aku nak kongsi dengan semua tentang serba sedikit tentang makanan yang best best yang ada kat negeri kelahiran aku kat mana lagi kalau bukan kat KELANTAN DARUL NAIM.

Dah tengok macam-macam ni tetiba jer perut pun terasa lapar ni....

kuih tepung ubi



kuih tepung bungkus



tapai beras pulut


yang ni bukan kuih tapi solok lada
ni sedap ni makan nga nasi kerabu


kuih pulut bakar
dalam dia ada inti ni alah sodap nyo


ni nasi tumpang alah lebih kurang
dengan nasi dagang je


beraneka kuih
ketupat palas

kuih tepung pasung

kuih cucur

kuih cek mek molek


kuih apam

kuih akak


ni pun bukan kuih tapi ayam percik

ni permandangan dalam pasar Siti Khadijah Kota Bharu

kat sini sumer penjual adalah wanita


Ok lah kepada sesiapa yang belum sampai ke Kelantan boleh la pergi melancong sambil berbelanja kat sana.Kalau dah kat sana tu macam macam benda yang boleh kita cari selain dari makanan yang best-best tu barangan seperti pakaian dan lain lain pun ada banyak pilihan,harga dia pun kira ok la...

Tapi ni nak bagi tau la..kalu musim cuti sekolah tu kat sana memng sesak la jalan tu.kat dalam pasar Siti Khadijah ni lagi la.....ramai semua orang daripada luar negeri Kelantan.

Kat dalam pasar Siti Khadijah tu kat tingkat satu tu ada orang jual macam-macam pakaian, tudung kain pasang dan segala jenis la....Makan pun ada juga kat tingkat satu tu...seperti dodol,serunding,asam² dan banyak lagi la...gambar tak sempat nak ambil la....

Kepada sesiapa yang nak kesana tu ,bila dah sampai sana jangan tak cuba bermacam-macam jenis kuih yang ada di jual kat dalam pasar Siti Khadijah tu...


Note:Kata orang jauh perjalanan luas permandangan betul tak....

23 June 2009

KisAh BaJu CintA

Seorang ibu mertua (berumur lingkungan 50an)datangmenziarahi rumah anak menantu perempuannya yang baruberkahwin. setelah membunyikan loceng, si mertuaterkejut kerana mendapati menantu perempunnya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya.

tanpa di tanya, si menantu berkata "saya sedangmenunggu suami saya pulang dari berkerja!"."tapi kau telanjang !!!???" marah si ibu mertua.

"ini BAJU CINTA saya" balas si menantu"BAJU CINTA ??" kata si mertua kehairanan"ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senangMEMAKAInya"

"saya harap mak dapat balik dulu sebelum suami sayapulang keran tentu suami saya nanti akan berasa malumelihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan mak"pinta si menantu.

Si mertua faham kehendak anak menantunya.Dalamfikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayansang suami.Di dalam perjalanan pulang si mertuamendapat idea ... fikirnya dengan mengikut cara anakmenantunya, sudah tentu dia dapat mengeratkanhubungannya dengan suaminya yang sudah berumur.

Sesampai di rumah, si mertua tadi menanggalkan semuapakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si mertua tadi pun menunggu suaminya pulang dari bekerja.

Tak berberapa ketika suami si mertua tadi pulang,dengan bangganya simertua tadi menayangkan tubuh badanyang tanpa seurat benang kepada suaminya. (dengan gaya ala marilyn monroe)

"kenapa dengan kau nie ... dah buang tebiat???" marah sisuami tadi.

"ini lah BAJU CINTA bang" kata si mertua tadi,
"hah? BAJU CINTA???" soal sisuami sambilmemandang dari atas kebawah.seketika si suami tadi menambah
"KENAPA TAK SETERIKA DULU ??? NAMPAK SANGAT KEDUTNYA"


Note: cerita ni sekadar dibaca jer jangan ada yang nak try pulak buruk oooo...

22 June 2009

SeLaMAt HaRi JaDi AnAkku



(semalam 21-06/2009 genap lah umur anakku Haikal Isyraf 2 tahun)


Assalamualaikum

Dalam pada aku sibuk duk buat sajak untuk hari bapa,aku terlupa yang birthday anak aku pun jatuh pada hari yang sama dengan hari bapa.Semalan 21/06/2009 genaplah umur Haikal Isyraf 2 tahun,wlaupun aku dan wife tak buat majlis untuk sambutan dia pun tapi kita orang keluar pergi makan² jer pada malamnya.Bukan tak nak buat tapi jadual agak cibuk sikit hehehe....

Dari pagi sampai ker tengahari kit aorang duk kemas rumah jer...basuh kereta.kemas depan rumah dan berkebun,,,isteri aku jer laa...yang berkebun tu...bukan tanam apa pun.dia tanam pokok² bunga jer.kat depan rumah tu.

(rajin kan isteri dan anakku berkebun)
(Ditanah yang tak seberapa ni lah kami hijaukan permandangan)

Tapi untuk hadiah si Haikal tu kita orang dah beli awal dulu dah...tahun ni dia dapat basikal baru....gambara basikal tu aku tak ambil la pulak nak add kat dalam ni....

Apa pun aku sebagai bapa nak mendoakan agar si haikal ni sihat selalu,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta menjadi anak yang berjaya dalam hidup dan anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Macam semua yang dah tahu kan,kita sebagai ibu dan bapa semua mengharapkan kebahagian dan kejayaan pada anak kita kan.Sama lah juga dengan aku dan wife aku pun.....

Happy birthday 2 Haikal Isyraf.






20 June 2009

SeLaMaT HaRi BaPa

Mungkin yang ramai dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu langsung pun,Tak pe ni aku bagi tahu yang hari bapa disambut pada hari Ahad ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 21 Jun 2009.Macam biasa lah kan HARI BAPA kurang disambut berbanding hari ibu.

Pada aku kita patut meraikan sebagai lambing kasih kita kepada orang yang banyak berjasa untuk kita dan keluarga kita.Posting kali ni juga aku cipta satu sajak Khusus untuk ayah aku yang bernama MD.NOR BIN HASAN.
Dan untuk semua ayah-ayah di mana pun berada dimana pun termasuk aku pun.

Bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri baru aku tahu yang bukan senang nak menjadi ketua keluarga.Macam ayah aku yang hanya bekrja kampung dan pendapatan yang tak seberapa.Tapi aku tetap berbangga kerana ayah ku mampu menyara kami 8 beradik semuanya.

Sajak dibawah ni aku cipta secara spontan jer tentang pengalaman yang pernah aku lalui.



SELAMAT HARI BAPA (AYAH)

Ayah

Dikeheningan pagi hidupmu sudah bermula
Disaat itu aku masih lagi lena dibuai mimpi
Besar sungguh jasa dan pengorbanan mu AYAH
Tidak termampu untuk anak mu ini membalasnya

Ayah…

Tapi percayalah yang anak mu ini terlalu menyanyangi dan merinduimu
Tiap kali aku berdoa untuk kebahagian dan kesihatan mu ayah
Tiap kali itu lah air mata mengiringi anak mu ini
Aku terhutang segalanya dengan mu ayah.
Tidak termampu untuk ku membalasnya.

Ayah...

Terlalu banyak kenangan aku bersamamu ketika kecilku
Aku selalu mengikutmu menjala ikan
Banyak yang aku pelajari dari kecekalanmu ayah
Demi mencari rezeki yang belum dijanjikan

Ayah...

Bagiku engkau lah perwira
Engkau tak pernah mengenal rasa penat dan lelah
Hari ini kudratmu makin berkurang tapi
Ayah tetap bekerja demi untuk tidak menyusahkan anak-anak

Ayah...
Hati mu memang luhur
Ikhlasmu memang terpancar pabila aku memandang mu
Tak terbayar oleh ku akan jasa mu ayah

Ayah...

Ketika aku kecil engkau lah perlindung ku
Ketika aku sakit engkau lah penawar ku
Ketika aku menangis engkau lah penghiburku
Ketika aku gembira engkau lah azam ku

Ayah...

Kita terpisah dek kejauhanku
Untuk mencari rezeki dirantau orang
Ayah engkau bagi ku umpama Bulan
Yang terus menyinari hidup ku
Dan terus ku junjung sampai hayat ku

Ayah...

Terima kasih atas segalanya
Aku terus berdoa agar ayah

Terus diberi kesihatan dan kekuatan

Ayah sampai masa kita tetap berjumpa.

17 June 2009

Aku CuMa AdA SeOrAng AdiK

Assalamualaikum...

Untuk kali ini aku hanya nak kongsikan satu cerita sedih pengorbanan seorang adik terhadap kakaknya.
Cerita ni dah lama aku simpan dalam pc aku.Aku pun dapat citer ni daripada email group aku.Apabila aku baca citer ni memang best la pada aku,dan aku pun dah banyak kali dah aku baca.Mungkin ada diantara kita yang pernah baca citer ni tak per teruskan membaca.Satu lagi jenis aku bila dapat email yang best-best aku akan save dan baca berulang kali.Tak rugi baca benda yang sama kan.


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagaikan singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku tergamam,lidah kelu untuk bersuara. Walaupun perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“ Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihatkakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Entah citer ni yang betul-betul terjadi ataupun hanya rekaan semata-mata,tapi apa yang penting ialah pengajaran dan taulan yang boleh kita jadikan pedoman hidup.

10 June 2009

MenCarI KeReDhaaN DaLaM KeHiduPAN



SetiAp LanGKAh YanG di Ayun daN SetiaP DeNyutaN NAdi,MeNganDUngi Rahmat Dan NikmaT ALLAH yaNG TidaK TerHinGGa.

jalinan rindu antara kita MANUSIA dan ALLAH Terukir Dalam Rasa sYukur DenGan anuGErah Yang DibERikan.

BaGi kIta InSAN yang Beriman Hanya denGan MeNadah Tangan Bermohan DOA kepada ILAHI,seRta berzikir membeSarkan ASMA' ALLAH.Hanya Itu Yang Mampu Kita LakuKAn deMI untuk MErialisaSikan kejerniHan HArapaN dan KesyuKuran selain dari uSaha yang Telah kita laKukan.

Dalam PenGhiDUpan INi,Jika SetiaP aMal Ibadah itu dilakukan SecAra IkhLAs dan mengikut SunNah,Ianya bagaikan SUMBER utaMA Yang MenghasilkaN kekUatan KALBU.

Mulai KehIDupan paGI kiTa Dengan MEmuJI ALLAH daN Menutupi tabiR maLAm DeNgan BERTAQARRUB KePadaNYA.

NeScaYA KeinDahan AMAlaN iNi Akan MenCuraH KebERkaTAn dalaM KehiDupan kitA.DaN iaNYA pasTi MeNDIdik JiWa daN MoRal Yang Di redHai ILAHI.

09 June 2009

Isu BI sebagai syarat wajib lulus SPM

Assalamualaikum kepada semua...

Entah kenapa aku terpanggil untuk menulis sedikit tentang saranan terbaru dari TPM kita iaitu untuk menjadikan BAHASA INGGERIS sebagai syarat untuk lulus atau layak mendapat sijil SPM. Pada aku secara terus terang aku sama sekali tidak bersetuju dengar cadangan TPM kita itu.Bukan aku jenis yang suka membangkang atau anti kerajaan.

Pada aku jika hasrat TPM itu menjadi kenyataan dan dilaksanakan,nescaya kita orang melayu lah yang akan rugi dalam hal ini.Ini kerana dari pengalaman aku sebagai anak yang dibesarkan dikampung,kita kurang penyampaian atau pergaulan yang membolehkan untuk kita menguasai BAHASA INGGERIS dengan hanya belajar nya hanya disekolah sahaja.Walaupun ada yang mengatakan kita seharusnya dapat menguasai bahasa itu kerana mempelajarinya dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5.

Jika ianya dilaksana juga pasti bertambah ramai lah anak bangsa MELAYU yang akan ketinggalan dalam segala aspek,kerana pasti ramai yang tidak layak lulus dalam peperiksaan SPM mereka nanti.Jika nak dibandingkan bangsa Melayu dengan Cina mahupun India,bangsa Melayu lah yang sama sekali tidak menggunakan BAHASA INGGERIS untuk berkomunikasi sebagai bahasa kedua mahupun bahasa utama ketika berada dirumah.

Ini pada pandangan aku bagi kes-kes diluar bandar.Lain pula bagi anak-anak melayu yang hidup dibandar,mungkin dari segi kemampuan ibu bapa mereka mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas bahasa inggeris yang mungkin mencecah puluhan atau ratusan ringgit sebulan untuk mempelajari bahasa inggeris.

Atau mungkin ibu bapa yang hidup dibandar itu sendiri berpelajaran tinggi yang mampu berbahasa inggeris dan mereka selalu bercakap dalan bahasa inggeris dirumah dan ini dengan tidak sengaja anak-anak mereka turut pandai dalam bertutur dalam bahasa inggeris.Mungkin itu satu kelebihan pada anak-anak mereka,harus difikirkan bagaimana pula dengan anak-anak di luar bandar yang boleh dikatakan ramai ibu bapa kita tidak pandai berbahasa inggeris.Dan kita anak-anak terpaksa mengharapkan mempelajarinya hanya di sekolah sahaja.

Aku juga berharap supaya orang yang bijak pandai supaya menggaji dengan betul cadangan TPM ini supaya tidak ada sesiapa yang tercicir hanya kerana benda yang dianggap remeh atau senag oleh segelintir orang sedang kan bagi segelintir orang pula ianya amat menakutkan untuk ditempuhi.

Aku bukan tidak boleh menerima perubahan,tetapi biarlah sesuatu perubahan itu Berlandaskan kajian yang terperinci sebelum ianya dilaksanakan.Dan seharusnya kerajaan perlu mengkaji dasar pengajaran BAHASA INGGERIS di sekolah terlebih dahulu,macam mana untuk membolehkan pelajara dapat menguasai bahasa itu.

Dan apa yang paling penting ialah kaum PENDIDIK (guru-guru) itu sendiri mesti menguasai atau mendalami bahasa itu dengan lebih baik terlebih dahulu.Mungkin tidak semua juga guru-guru yang ada di negara kita ini pandai atau lancar dalam berbahasa inggeris.

Semoga dengan apa yang saya luahkan ini dapat kita kongsi bersama.Dan mungkin huraian atau isi penyampaian saya ini kurang tapi apa yang penting ialah maksud dan tujuan kita adalah sama.

06 June 2009

PeSAn MAk

Video klip dikir barat ni penuh dengan segala nasihat,Terutamanya bagi kita anak² perantau bila berada di negeri orang dan berjauhan pula dengan keluarga.Tentu sekali segala jasa mak dan ayah serta segala nasihat mereka amatlah penting sebagai pedoman kepada kita.

Bagi rakyat negeri Kelantan khusus ni lagu ini tidak lah begitu asing bagi kita,kerana penyanyi lagu ini memang terkenal dengar lagu-lagu belaiu yang banyak di selitkan dengan unsur-unsur nasihat.

Bagi yang bukan berasal dari kelantan dan tidak pernah mendengar lagu ini,bolehlah mencuba untuk memahami ayat-ayat dari lagu ini.









PesaN MAk

ingat sokmo hok mak pesan
nak nak kali ambo nak turun jalan
jange lupa ke tuhan
kita ore islam takleh tinggal semayang


ingat sokmo hok mok pesan
walau jauh dok tempat ore
jange lupo kampung laman
worih waroh di kelate
tokleh sombong nge ore

pesan ibu bapak
ambo tak lupa
pesan ibu bapak
ingat pah bilo bilo
pesan turun pulok
royat wi ke anok ambo
kita harta tadok
pesanan jadi pusako

ingat sokmo hok mok pesan
kita susah jange tumpang ore
tak sah pinje berhutang
kalu dey banyok hutang
kita payah nak senang

hok mok pesan hari hari
pandai pandai jaga diri sediri
balah cekoh jange cari
tepat susah jange pergi
ore khenak kena lari

maso kito kaya
ramai lah saing sahabat
dey tadok gapo sekaro
kucing pun tak dok dekat
masa sene lego
rama lah kaum kerabat
dey tadok gapo sekaro
lalat pun toksey hinggap

ingat lagi hok mok kato
hati hati dale wat kiro caro
lidoh maruah kito
hati ore kena jago
tak baik ngupat mengata
hok mok pesan hari hari
kita kena kenal diri sendiri

mana asal kita mari
pah mana kita nak gi
baik baik jaga diri
ingat sokmo hok mok pesan
walau jauh dok tempat ore
jange lupo kampung laman
worih waroh di kelate
tokleh sombong nge ore

pesanan mak ambo
ikhlas darinya hati
pesan ke anak dia
sejak mula sampai la ni
ingat sokmo hok mak pesan
nak nak kali ambo nak turun jalan

jange lupa ke tuhan
kita ore islam takleh tinggal semayang
ingat sokmo hok mok pesann..
ingat sokmo hok mo duduk pesan..
ingat sokmo hok mok pesann..

02 June 2009

tEnTaNg SeBuaH KeHiLaNGaN

tEnTaNg SeBuaH KeHiLaNGaN



Ko orang BacaLaH aPa Yang Aku KaRang ni SeAdaNya.Yang sebenarnya aku dah boring sangat duk kat opis ni tu yang aku layan blog ni,saja jer nak ilanGakan Tension ni.Baca lah bagi habis dan fikir-fikirkan......
Sesuatu yang kita miliki tidak selamanya, terkadang ada diantara kita sebagai manusia terlalu mengikuti perasaan ego dan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu, atau menambah jumlah seseuatu kepemilikan, mungkin juga ada diantara kita yang pernah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya untuk mencapai apa yang diinginkan.Ingatlah ketika kita begitu mencintai sesuatu,pasti kita akan terasa sangat sedih ketika kita kehilanganya.

Kerana kita sebagai manusia biasa pasti akan melaluinya sebagai saat suka dan duka. Banyak reaksi yang akan kita lakukan saat kita kehilangan sesuatu, mulai dari marah-marah, menangis,stres,protes pada takdir, mungkin hingga ada yang cuba membunuh diri, Haruslah diingatkan bahawa setiap sesuatu itu pasti ada pengajaran dan pedoman untuk kita lalui seterusnya.Kehilangan itu adalah sebuah proses untuk mendapatkan dan begitu pula sebaliknya, mendapatkan adalah sebahagian dari kehilangan.

Kehilangan memang sesuatu yang menyedihkan tapi kita tidak berkuasa untuk menghindarinya. Jangan pernah disesali atau ditangisi kehilangan itu, tapi renungilah dan buatlah perbandingan dengan tahun yang lalu.Hitunglah dan ukurlah apa yang telah kita kehilangan dan apa yang telah kita dapatkan kembali.Jangan pernah kita terlena dengan sebuah kehilangan samaada dari segi material ataupun kebendaan. Jangan pernah menangis atau menjerit bila yang hilang itu adalah sesuatu yang memang akan hilang pada saatnya. Lakukan apa yang seharusnya kita lakukan, berbesar hatilah dan persiapkan diri kita untuk kehilangan itu. Dalam hidup, suatu hal akan muncul dan akan pergi bila tiba waktunya nanti.



Tak ada yg abadi di dunia ini. Kehilangan akan membuat kita merasa rapuh tapi disatu sudut yang lain kehilangan bisa membuat kita bertambah kuat. Kehilangan bisa menimpa siapa saja. Tak pandang bulu. Lelaki, perempuan, anak-anak, orang tua, orang desa, orang kota serta siapa saja. Ini kerana kehilangan adalah sebuah proses yang harus dilalui dalam kehidupan. Memang, sesungguhnya apapun yang ada pada kita selama hidup di dunia ini tiada yang abadi. Kerananya, mungkin kita harus belajar untuk menerima kehilangan. Mempersiapkan diri agar mampu menerimai segala bentuk kehilangan yang bakal terjadi pada hidup kita. Karena toh tak ada yang mampu menjamin hari esok.



Harus diingat bahawa sesuatu yang hilang itu belum tentu meninggalkan kekosongan, Pelajaran dari beberapa kehilangan, bahawa dalam setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin menjadi sebuah proses terlepasnya sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa. Menyedari bahwa sekuat apapun jiwa dan diri, setiap hidup tak pernah lepas dari kehilangan. Bahawa cerita di dunia ini bukan hanya celoteh kita, tapi ada celoteh lain yang harus didengarkan, dipenuhi dan dijalankan. Tak lain demi keharmonian.

Sayangnya…kehilangan bukan hanya soal normatif, ia juga bicara tentang perasaan. Meskipun begitu kuatnya rasional ini, berpijak bahawa satu kehilangan akan digantikan dengan perolehan yang lain, tapi kenapa begitu sulit merelakan yang hilang."belajarlah untuk lebih mencintai dan menyayangi apa yang kita ada,sebelum kita kehilangannya buat selamanya.”

Jika kita semua masih ada keluarga dikampung, emak, ayah serta adik beradik belajarlah
Untuk tidak menyakiti hati dan perasaan mereka.Terimalah mereka dengan seadanya.


Sekian untuk renungan kita bersama.

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.