Assalamualaikum kepada semua...
Entah kenapa aku terpanggil untuk menulis sedikit tentang saranan terbaru dari TPM kita iaitu untuk menjadikan BAHASA INGGERIS sebagai syarat untuk lulus atau layak mendapat sijil SPM. Pada aku secara terus terang aku sama sekali tidak bersetuju dengar cadangan TPM kita itu.Bukan aku jenis yang suka membangkang atau anti kerajaan.
Pada aku jika hasrat TPM itu menjadi kenyataan dan dilaksanakan,nescaya kita orang melayu lah yang akan rugi dalam hal ini.Ini kerana dari pengalaman aku sebagai anak yang dibesarkan dikampung,kita kurang penyampaian atau pergaulan yang membolehkan untuk kita menguasai BAHASA INGGERIS dengan hanya belajar nya hanya disekolah sahaja.Walaupun ada yang mengatakan kita seharusnya dapat menguasai bahasa itu kerana mempelajarinya dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5.
Jika ianya dilaksana juga pasti bertambah ramai lah anak bangsa MELAYU yang akan ketinggalan dalam segala aspek,kerana pasti ramai yang tidak layak lulus dalam peperiksaan SPM mereka nanti.Jika nak dibandingkan bangsa Melayu dengan Cina mahupun India,bangsa Melayu lah yang sama sekali tidak menggunakan BAHASA INGGERIS untuk berkomunikasi sebagai bahasa kedua mahupun bahasa utama ketika berada dirumah.
Ini pada pandangan aku bagi kes-kes diluar bandar.Lain pula bagi anak-anak melayu yang hidup dibandar,mungkin dari segi kemampuan ibu bapa mereka mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas bahasa inggeris yang mungkin mencecah puluhan atau ratusan ringgit sebulan untuk mempelajari bahasa inggeris.
Atau mungkin ibu bapa yang hidup dibandar itu sendiri berpelajaran tinggi yang mampu berbahasa inggeris dan mereka selalu bercakap dalan bahasa inggeris dirumah dan ini dengan tidak sengaja anak-anak mereka turut pandai dalam bertutur dalam bahasa inggeris.Mungkin itu satu kelebihan pada anak-anak mereka,harus difikirkan bagaimana pula dengan anak-anak di luar bandar yang boleh dikatakan ramai ibu bapa kita tidak pandai berbahasa inggeris.Dan kita anak-anak terpaksa mengharapkan mempelajarinya hanya di sekolah sahaja.
Aku juga berharap supaya orang yang bijak pandai supaya menggaji dengan betul cadangan TPM ini supaya tidak ada sesiapa yang tercicir hanya kerana benda yang dianggap remeh atau senag oleh segelintir orang sedang kan bagi segelintir orang pula ianya amat menakutkan untuk ditempuhi.
Aku bukan tidak boleh menerima perubahan,tetapi biarlah sesuatu perubahan itu Berlandaskan kajian yang terperinci sebelum ianya dilaksanakan.Dan seharusnya kerajaan perlu mengkaji dasar pengajaran BAHASA INGGERIS di sekolah terlebih dahulu,macam mana untuk membolehkan pelajara dapat menguasai bahasa itu.
Dan apa yang paling penting ialah kaum PENDIDIK (guru-guru) itu sendiri mesti menguasai atau mendalami bahasa itu dengan lebih baik terlebih dahulu.Mungkin tidak semua juga guru-guru yang ada di negara kita ini pandai atau lancar dalam berbahasa inggeris.
Semoga dengan apa yang saya luahkan ini dapat kita kongsi bersama.Dan mungkin huraian atau isi penyampaian saya ini kurang tapi apa yang penting ialah maksud dan tujuan kita adalah sama.
No comments:
Post a Comment