.::My NuffNaNG::.
.::SalAM PerSAuDArAAn::.
.::WeLcOmE::.
.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.
24 August 2009
SaJa NaK mENcUBa
21 August 2009
Andai Ini RamAdHAn TeraKhiR
Nukilan Insan:
Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir…Tentu siangnya kita akan sibuk berzikir, tentunya kita tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu.
Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir…Tentu solat kita kerjakan di awal waktu, solat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhuk. Tubuh dan qalbu akanbersatu memperhambakan diri menghadap Rabbul Jalil dan menangisi kecurangan janji.“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin” [Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir…Tidak akan kita sia siakan walau sesaat yang berlalu, setiap masa tak akan kita biarkan begitu saja. Di setiap kesempatan akan kita alunkan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran.
Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir Tentu malamnya kita sibukkan dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud,mengadu, merintih dan meminta belas kasih.
Namun sahabat…Tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui adakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya, yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha, bersedia, meminta belas-NYA.
Semoga Ramadhan ini akan memberikan aku seribu erti dalam kehidupan, manusia yang senantiasa mencari pedoman dan cahaya hidup. Bimbinglah dan pimpinlah aku wahai sahabat. Biarpun aku masih merangkak dan cuba untuk bertatih, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu semua.Bimbinglah diantara kita andai kita tahu masih ada yang mencari satu sinar yang ABADI.
18 August 2009
Ramadhan dah HAmpiR tiBa
13 August 2009
Al FatiHAh utK AsRI RaBBaNi
Semoga Allah mencucuri Rahmat keatasnya dan ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.
Dibawah adalah kata-kata yang diambil dari blog beliau.
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku.
11 August 2009
IkHtIAR HinDaRI H1N1
Resah mungkin itu lah yang melanda kita semua kat Malaysia sekarang ni kan.Boleh dikatakan hari hari ada jer kes kematian akibat H1N1 ni.
Dan semalan ada akak tempat aku kerja baik hati edarkan salinan doa untuk dibaca bagi kita hindari dari segala penyakit berjangkit.
Dan satu lagi doa yang boleh dibaca "SALAAMUN QAULAN MIR RABBIR RAHIM" dibaca berulang kali.
Dan semasa aku mengikuti blog isu hangat pun ada gak doa ni.
Semoga kita berusaha dan semoga ALLAH menghindari kita dari penyakit berbahaya ini Aminnnn.
Note:Maaf saya terpaksa delete doa yang sebelumnya kerana tidak mengentahui akan KEBETULANNYA.Dan doa diatas adalah petikan dari surah YASIN ayat ke 58.Segala kesulitan dan keresahan harap dimaafkan.
10 August 2009
KuIh rAyA
Hujung minggu aku lepak kat umah jer,tgh syok tgk tv jer wife aku panggil mintk tolong dia wat kuih raya...heheh puasa pun tidak lagi tut..tut..dah nak buat kiuh raya..
Kerja aku senang jer aku bahagian gulung jer kuih tat nenas yang dia buat tu...
Bukan apa pun tahun ni aku balik raya kat kelate,so byk la yang nak di bagikan kuih kan..nak beli tak larat ooo.Semuanya dah mahal-mahal,nasib la rajin si wife aku ni nak wat kuih..dah ada 3 jenis kuih dan yang siap...
ni la hasilnya setelah siap di bakar
Tempahan tidak di terima untuk kegunaan sendiri dan keluarga sahaja... heheheh. Anak- anak aku memang suka la kuih ni,sampai mama dia pun risau kan habis belum sempat raya.Malamnya aku pergi majlis yasin dan tahlil lagi kat umah jiran aku selang 3 buah rumah dari rumah aku.
07 August 2009
KatA² SmS
N3 kali ni aku nak kongsikan sms yang aku dapat dari kawan aku Arul...Alah sms sebagai renungan sesama kita.
Sudah menjadi lumrahkan diantara dengan kecanggihan yang ada melalui handphone kita pun dapat buat bermacam-macam benda dan salah satu darinya ni la yang aku dapat hari ni.
Dah satu kemestian juga bila nak tiba atau pun dah tiba bulan ramadhan ataupun Syawal kita pasti akan dapat berbagai sms untuk mengingatkan kita tentang kelebihan sesuatu bulan tu kan.
Hayatilah petikan yang aku terima ni sebagai renungan:
06 August 2009
PelaN TaPaK SuRau
Hari ni aku rajin sikit nak conteng² kat blog ni,bukan apa pun saja tgh boring ni.Aku baru jer siap buat lakaran tapak cadangan untuk surau kat taman tempat aku tinggal ni.Al maklum la kan aku ni dilantik sebagai bendahari kat taman aku ni.
Bukan ada kena mengena pun tapi disebabkan aku kerja kat jabatan ukur so aku boleh tau la kat mana kawasan tanah yang digezetkan untuk membuat surau mengikut perancangan pemaju...
Bukan apa pun selepas bertahun dah kita orang mendiami bumi Taman Uda Utama,rasanya dah sampai masa nye kami semua memerlukan sebuah surau untuk di jadikan tempat kami berjemaah dan meneruskan segala aktiviti keagamaan di satu tempat yang tetap dah selesa.
Aku terpaksa siapkan lakaran ari no coz malam nanti kita ada sikit perbentangan sesama AJK selepas selesai bacaan Yasin dan Tahlil.
MaLaM NisFu SyaAbaN
Antara sedar atau pun tidak diantara kita,semalam ialah 15 Syaaban,dan alhamdulillah aku bekersempatan membaca surah yasin sebanyak 3 kali sempena malam nisfu Syaaban.Kerana kita disunatkan untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan mengerjakan amalan amalan sunat.
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
"Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri".
"Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
"Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini iaitu:
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Alhamdulillah aku memohon agar segala bacaan aku dan permintaan aku di terima oleh Allah SWT.Dan semoga aku serta seluruh keluarga aku tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman kepada Nya.
Bila dah sampai malam nisfu Syaaban ini bermakna yang bulan Ramadhan hampir tiba,bulan yang penuh dengan keberkatan dan penuh dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad.
03 August 2009
JiWa SeOrAnG Muk'Min
tidak akan memberontak
untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka,
Jiwa seorang mukmin
tidak akan biarkan
perasaan marah
menguasai dirinya,
Jiwa seorang mukmin
tidak akan merelakan
dirinya menyusahkan orang lain,
Jiwa seorang mukmin
tidak suka melihat
atau melakukan kerosakan di muka bumi ini,
Jiwa seorang mukmin
lebih rela menahan kemarahan
dari melepaskannya
secara membuta tuli,
Jiwa seorang mukmin
selalu sedar yang setiap perbuatan
pasti ada perhitungan dari
ALLAH,
Jiwa seorang mukmin
adalah mereka yang
tenang dalam melakukan s
sesuatu tanpa ada yang terasa
kesusahan tentang apa yang dilakukannya.
Ini sebagaimana yang dimaklumkan Allah SWT bahawa Dia tidak menyukai kerosakan. FirmanNya: “Sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.” (al-Baqarah, 205).
Note: maaf jika ada yang terasa tentang apa yang aku luahkan diatas.Bukan begini cara kita orang timur dan mempunyai agama yang suci untuk menunjukan rasa tidak puas hati kita.Masih banyak ruang atau cara yang mampu kita lakukan untuk kita merubah sesuatu.