Al fatihah kepada Allahyarham Ustaz Mohd Asri Bin Ibrahim 42 tahun dari kumpulan Rabbani,yang menghembuskan nafas pagi tadi ketika menghadiri majlis bersama media di Angkasapuri.Saya pun mendapat tahu berita ini dari rakan blogger.
Semoga Allah mencucuri Rahmat keatasnya dan ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.
Dibawah adalah kata-kata yang diambil dari blog beliau.
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku.
No comments:
Post a Comment