.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

27 June 2010

MEnGapA Kaum YahUdi BiJak

Salam untuk kali ini aku nak utarakan tentang fakta mengapa kaum yahudi laknatullah itu bijak dalam segala hal yang termasuk dalam kehidupan kita seharian..


Diantara mereka amatlah hebat dalam bidang,perhotelan,fesyen,kejuruteraan,saintis,muzik dan yang paling hebat ialah didalam bidang perniagaan dimana mereka menguasai hampir 70% diseluruh dunia.


Diantara amalan-amalan yang dilakukan oleh mereka :


1.Bermula semasa proses kehamilan lagi dimana bila seseorang wanita itu hamil maka mereka akan membeli buku-buku berkaitan dengan matematik dan suami dan isteri itu bersama-sama menyelesaikan masaalah matematik itu,kerna pada mereka dengan cara itu mereka melatih janin didalam supaya turut berfikir.


2.Semasa tempoh kehamilan tahap pemakanan penting dan diutamakan dimana mereka mengamalkan memakan kacang badam dan kurma bersama susu.Dan untuk makan tengahari mereka akan makanroti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digauldengan badam dan berbagai jenis kekacang.
menurut mereka daging ikan baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yg tidak baik dan boleh merosakan pertumbuhan otak.


3.Ibu  mengandung mengamalkan pil-pil minyak ikan dan menjadi satu kewajipan bagi kaum Yahudi.


4.Mereka akan makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum menjamah hidangan utama seperti roti ataupun nasi,kerna jika makan nasi dahulu dan baru buah ini akan menyebabkan kita mengantuk dan lemah untuk memahami pelajaran disekolah.


5.Mereka gemak makan ikan(hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan,kerana menurut mereka daging dan ikan tidak elok dimakan bersama.


6.Ni kat negara kita banyak berlaku pada yg merokok...Di Israel merokok adalah taboo dan mereka amat pantang jika tetamu mahupun ahli keluarga sendiri merokok didalam rumah,dan mereka hanya merokok diluar rumah kerana mereka berpendapat bahawa kajian menunjukan nikotin dapat merosakan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes dimana keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat...
Wah hal pengeluar rokok terbesar adalah israel...lu pikir lah sendiri bab kata Nabil..


tu diantara benda-benda penting yg diamalkan oleh mereka kaum yahudi dalam membentuk bangsa yang cerdik dikalangan umat manusia didunia,,kerana kemahuan bangsa yahudi terlalu tinggi dimana mereka bercita-cita untuk menguasai seluruh dunia...dan pelbagai dakyah dan usaha yang mereka lakukan untuk merosakkan pemikiran manusia terutamanya kita yang beragama ISLAM...


Dalam hal-hal pemakanan yang elok bolehlah kita ambil sebagai kebaikan untuk kita dan generasi kita...
Dan dalam hal-hal kearah kebinasaan seperti merokok,minum arak,hiburan yang melampaui batas agama haruslah kita fikir kembali....

Pada pendapat aku setelah aku baca amalan yang dilakukan kepandaian mereka kaum yahudi adalah hasil dari usaha mereka dalam membentuk bangsa yahudi itu sendiri dan apa yang baik boleh kita amalkan seperti mereka dan perangai jahat bangsa mereka eloklah kita tinggalkan...

PeRnaH KoRaNg tErluPa No PiN


Salam buat semua..hari ni aku nak tulis n3  yang berkisar tentang kehidupan kita seharian...maklumlah makin hari makin canggih dengan pelbagai teknologi jadi perkara terlupa no pi ni mesti pernah terjadi kepada kita kan...

Dan pada aku sendiri pun memang kerap kali berlaku dek kerana banyak sangat benda yang kita buat last-last sekali nak bukak akaun sendiri pun tak boleh kerana terlupa no pin..Aku sendiri pernah pergi nak ambil duit kat mesin Atm tiba jer time aku...boleh aku terus tak ingat aku punya no pin...dan terpaksa balik umah dan ingat balik..heheheeh

Tu dalam kes no pin Atm...belum lagi no pin pasal nak bukak email yang jarang2 aku buka...maklumlah bermacam2 email yang aku buat..dan aku rasa korang pun pernah mengalami masaalah yang sama seperti aku...hehehe

Dan yang semakin kita lupa ialah Ayah Pin.....alah si Pengajaran Sesat Tuh...walaupun tak der kena mengena nga tajuk N3 aku....



24 June 2010

PeNat Nak MeLayAn prA Audit 5S

Salam....hari ni dan semalam memang memenatkan..kerana duk buat persiapan tuk pra audit 5s...yang semalam lagi ler malang tengah duk layan kerja pasal 5s tetiba jer pihak pengurusan Ambang Wira duk wat pengumuman kepada rakyat jelata Wisma persekutuan JB sila alih kereta Air sudah naik(banjir la tu senang citer) Hujan turun dengan lebatnya...

Dan aku terpaksa redah banjir nga keta aku yang baru tu...dah ler auto mampus tgh jem dalam air nasib baik aku start hidup balik...dah kena hantor checking balik dah...

Dan pasal audit 5s ni memang penat duk kejar-kejar nak siapkan pasal laporan la itu la,ini la....memang penat wei...walaupun pra audit jer...

tapi agak gumbira jugak ler kerana tak banyak benda yang diorang tag untuk dperbaiki walaupun ada yg kami kena betulkan...

Tu gambar dibawah diantara separuh hasilnya tapi banyak gambar yang baru aku tak upload lg dlm pc..


 ni meja aku punya ni apa mcm ok tak..


Yg atas tu laci dan kotak fail tuh...


ni la hasil laci kami...beli kat EKEA tu...


rak fail aku yg dah kemas pd yg dulu-dulu..


Tu la rupanya org yg dtg audit unit aku...


yg nik cik man ajk tangkap gambor...bersama kuncu-kuncunyer..hehehe


Ng dah kena audit....dah tahu kemas dah sekarang yer...


ni meja aku lagi nih....



yang ni masa tgh kelam kabut duk tgh setting ni...


yang ni pun sama tgh berserabut lagi nih...


ni gambor masa duk sibuk mengecat nih...sepah tuh...


ni ler hasil kerja tangan seorg lelaki(aku ler tuh)


yg ni pun sama aku yg buat ni wei...


Semoga kami warga Jupem Johor berjaya dapat sijil 5s yg dijangka Hujung tahun 2010 ni...tapi yang datang audit sebenar nanti dari MPC yang memang konsultant yang diberi kuasa tuk audit sijil 5s nih...depa tu memang cerewet orang kata habuk sikit pun dia gagalkan kita...

Apa pun timer kasih pada yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan 5s kat seksyen NDCDB...

21 June 2010

UmuRku BaRu 3 TahUn KoRanG Caya TaK

Tajuk n3 nampak macam gempak yang tak boleh dipercayai langsungkan...hehehe sebenarnya bukan aku yang berumur 3 tahun tapi anak aku si Haikal Isyraf yang dah genap umurnyar 3 tahun pada 21 june 2010.

Happy besday to Haikal semoga sihat selalu dan kurangkan nakal tu....hehehehe..Apa lagi harapan dari seorang ayah atau ibu kalau bukan mendoakan akan kebaikan terhadap anak-anak mereka..Amin..


15 June 2010

WorLD CuP PunYA CitEr

 PialA KeAguNgaN DunIa

FAKTA MENARIK WORLD CUP

Korea Selatan jualan kondom meningkat semasa world cup,tambah-tambah bila korea menang lawan Greece tu hari...kenapa, tu korang semua dah boleh fikirkan sendirikan..(harap jgn  berlaku kat M'sia we..)

Dan satu lagi jualan Tv Plasma atau LCD meningkat permintaannya sebab mungkin nak lagi feel kot..bila tgk pakai tv LCD...

Tapi kalau kat negara kita apa yang meningkat ek..aku rasa susu ler kot...sebab ramai orang duk tgk kat kedai mamak,dan paling tak pun depa duk oder teh tarik jer...entah mamak tu suker ker tak aku pun tak tahu ler..duk berjam tapi minum jer..heheheh




BRAZIL tetap team yang aku pilih..

Ni Nak TanYa nI

Salam buat semua..ni n3 ni aku nak buat pertanyaan...kat reading post tu memang dia tak kasi display lebih dari 300 followers ker..kalau ada sapa-sapa tahu nak setting kat mana ker boleh talong ajarkan...
Ker memang blogspot tak kasi display lebih...
tQ..



09 June 2010

MembuDayAkan AmaLaN 5s

Salam n3 untuk kali ni aku nak cerita tentang amalan dam menjayakan 5s.dan bagi yang masih tak tahu apa itu 5s mai aku terangkan..ok sebelum tuh 5s ni berasal dari Jepun dan ia telah lama diamalkan di negara Matahari terbit itu dan kita baru nak mengorak langkah tuk tiru cara mereka terapkan disiplin kepada semua rakyat mereka dan bukannya hanya kepada golongan pekerja di pejabat sahaja..Dan kita di Malaysia aku rasa kerajaan kita tekankan untuk semua Jabatan Kerajaan untuk Mengamalkan Amalan 5S ini.
Dan mungkin bila dah berjaya Kerajaan akan memperluaskan untuk semua rakyat dan amalan ini bagus untuk menerapkan disiplin kepasa semua rakyat Malaysia.

Apa itu 5s

1.Seiri (Sisih)
2.Seiton (Susun)
3.Seiso (Sapu)
4.Seiketsu (Seragam)
5.Shitsuke (Sentiasa Amal)

Dan dibawah bleh dikatakan sebagai GARIS PANDUAN DALAM MENJALANKAN AKTIVITI 5 S.

1. MEJA


 PEGAWAI

1  Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang;

2  Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz

   kecil dan satu kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

4 Sekiranya terdapat cermin di atas meja, tidak boleh diletakkan sebarang dokumen/gambar

  yang tidak berkaitan.

5 Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

6 Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

7 Hanya satu bekas yang mengandungi semua alat tulis dibenarkan berada di sebelah kanan meja.

8 Hanya satu kalendar tahun semasa dibenarkan berada di sebelah kanan meja

9 Meja komputer hendaklah berada di sisi meja – sama ada di sebelah kanan atau kiri meja, mengikut      
   Kesesuaian..

10 Telefon hendaklah berada di atas meja.

11 Tidak perlu ada sebarang label di atas meja

12 Padestal hendaklah diletakkan di bawah meja utama di sebelah kiri.

13 Kegunaan pedestal yang berlaci : laci atas – alat tulis, laci kedua – diari rasmi, buku panduan telefon, laci
     ketiga dan keempat – barang peribadi

14 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.


 PEMBANTU TADBIR

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz kecil dan satu
   kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

4 Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

5 Tidak perlu ada sebarang label di atas meja.

6 Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

7 Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan di bahagian atas
   laci.

8 Laci kedua dan ketiga adalah untuk barang peribadi sahaja (seperti tas tangan dan dokumen peribadi lain).

9 Sekiranya ada telefon di atas meja, hendaklah berada di sebelah kanan meja. Bagaimanapun, bagi telefon
   gunasama, hendaklah diletak di tempat yang sesuai untuk memudahkan kegunaan semua.

10 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.



 PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja kakitangan, Diari rasmi pegawai, buku panduan telefon dan telefon perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Cop-cop hendaklah diletakkan di standnya dan dilabel secara bernombor dan diletakkan di rak pertama rak. Ianya perlu dilengkapkan dengan maksud setiap nombor dan dilekatkan berhampiran dengan stand tersebut bagi memudahkan penggunaan cop tersebut.

4 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz kecil dan satu
   kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

5 Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

6 Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

7 Padestal hendaklah diletakkan di bawah meja utama di sebelah kiri.Kegunaan pedestal yang berlaci : laci
   atas – alat tulis, laci kedua, laci ketiga dan keempat – barang peribadi.

8 Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan di bahagian atas
    laci.

9 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.



 PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURUTAIP)

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz kecil dan satu kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

4 Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

5 Tidak perlu ada sebarang label di atas meja.

6 Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

7 Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan di bahagian atas
   laci.

8 Laci kedua dan ketiga adalah untuk barang peribadi sahaja (seperti tas tangan dan dokumen peribadi lain).

9 Sekiranya ada telefon di atas meja, hendaklah berada di sebelah kanan meja. Bagaimanapun, bagi telefon
   gunasama, hendaklah diletak di tempat yang sesuai untuk memudahkan kegunaan semua.

10 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.



 PEMBANTU TADBIR RENDAH (OPERATOR)

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz kecil dan satu
   kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

4 Tidak perlu ada sebarang label di atas meja.

5 Buku catatan panggilan dan buku panduan telefon sahaja yang dibenarkan berada di atas meja.

6 Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan di bahagian atas
    laci.

7 Laci kedua dan ketiga adalah untuk barang peribadi sahaja (seperti tas tangan dan dokumen peribadi lain).

8 Telefon, alat pendengaran dan komputer perlu berada di atas meja di sebelah yang bersesuaian.

9 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.



PEMBANTU AM PEJABAT

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Cop-cop hendaklah diletakkan di standnya dan dilabel secara bernombor dan diletakkan di sebelah kanan meja. Ianya perlu dilengkapkan dengan maksud setiap nombor dan dilekatkan berhampiran dengan stand tersebut bagi memudahkan penggunaan cop tersebut.

4 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja.

5 Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

6 Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

7 Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan di bahagian atas
    laci.

8 Laci kedua dan ketiga adalah untuk barang peribadi sahaja (seperti buku panduan telefon, diari dan
   dokumen-dokumen peribadi lain).

9 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.


 PEMANDU KENDERAAN

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja.

4 Barang peribadi dan alat tulis hendaklah disiman ditempat yang dikhaskan.

5 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.


SUSUN ATUR DARI SEGI PERALATAN PEJABAT

 KERUSI

1 Tidak boleh digantung sebarang pakaian (seperti jaket, kot dan seumpamanya) di kerusi.

2 Setiap pegawai adalah diperuntukkan dengan dua kerusi pelawat sahaja.

3 Sofa/sette hanya dibenarkan berada di bilik Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah
   Bahagian dan di ruang menunggu yang sesuai.


 RAK TERBUKA

1 Setiap pegawai dan kakitangan dibekalkan sekurang-kurangnya satu rak terbuka sahaja.

2 Rak terbuka hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai yang diseragamkan mengikut kesesuaian bahagian
   masing-masing.

3 Rak terbuka hendaklah dilabel bagi memudahkan rujukan dan pengenalan dokumen / fail, buku-buku
   rujukan / nota kursus yang disusun di rak tersebut.

4 Sekiranya terdapat tindakan lanjut yang perlu diambil, dokumen / fail berkaitan boleh diletakkan di rak
   terbuka tersebut.

5 Sekiranya perlu menyimpan topi keledar di tempat masing-masing, ianya hendaklah disimpan di dalam
   kotak yang diletakkan di bahagian bawah rak terbuka.

6 Sekiranya dibekalkan dengan cop, cop hendaklah diletakkan di standnya dan dilabel secara bernombor
  dan diletakkan di rak pertama rak. Ianya perlu dilengkapkan dengan maksud setiap nombor dan dilekatkan
  berhampiran dengan stand tersebut bagi memudahkan penggunaan cop tersebut.


PANEL PARTITION

1 Hanya nama penuh dan waktu bertugas dibenarkan ditampal di kaca panel tersebut mengikut keseragaman
   bahagian masing-masing.

2 Tidak dibenarkan melekat/menampal sebarang kertas atau hiasan di mana-mana bahagian panel, termasuk
   pada mana-mana dinding di pejabat.


 BAKUL SAMPAH

1 Bakul sampah hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai yang diseragamkan di bahagian masing-masing.

2 Semua pegawai dan kakitangan adalah dikehendaki memastikan bahawa sampah dikutip dan bakul
  dibersihkan setiap hari.


 TEMPAT PAYUNG

1 Setiap bahagian dikehendaki menyediakan satu bekas khas bagi tujuan penyimpanan / peletakan payung
   untuk semua kakitangan bahagian masing-masing.

2 Bekas payung tersebut perlu ditanda parkingnya.


 MEJA KOMPUTER

1 Pegawai dan kakitangan yang dibekalkan dengan komputer adalah dikehendaki meletak komputer di meja
   komputer yang dibekalkan.

2 Meja komputer hendaklah diletakkan di sis meja utama.

3 Hanya monitor dan mesin pencetak (sekiranya dibekalkan) berada di meja komputer.

4 Tidak dibenarkan sebarang peralatan lain berada di atas meja komputer.

5 Kabel-kabel komputer hendaklah diikat kemas dibahagian belakang dengan menggunakan pengikat/comb
   yang akan dibekalkan oleh pihak pengurusan.



PELAN TAPAK

1 Ketua Zon dikehendaki menyediakan pelan tapak kawasan masing-masing secara terperinci.
 
 
Semoga Amalan 5s akan menjadi amalan yang berterusan dan mampu meningkatkan intergriti serta dah meningkatkan disiplin kepada semua yang mengamalnya dan meningkatkan Produktiviti setiap individu khususnya dan Jabatan Amnya.
 
Lepas ni aku akan cuba sambung n3 ni dengan gambar unit aku selepas amalan 5s dijalankan...dan apa yang penting dalam 5s ni ialah setiap peralatan mesti disusun secara kemas dan seragam supaya senang dicapai bila kita memerlukan.





07 June 2010

SaPA tAhU Keta KuRa-KuRa


Ni n3 aku yang kedua dalam bulan jun...agak rajin lak aku tuk wat n3 time nih...Ok mungkin ramai yang dah tahu yang kete kura-kura tu sebenarnya keta Volkswagen.

Ni adalah himpunan keta volkswagen yang terbesar pernah dianjurkan di Johor Bahru di perkarangan Carrefour Sutera Mall.Jadi adalah sikit gambar yang sempat aku snap..

Dah sibuk sangat si  haizi yang nak tgk keta kura-kura kata dia...atapi boleh dikatakan semuanya memang menarik cara mereka make up keta tu...ada yang siap pasang sistem audio yang canggih tuh...

Tapi sayang aku tak dapat nak snap keta ala-ala mpv yang lama tuh...battery phone aku habis la pulak..apa pun layan ler gambar yang tak seberapa banyak tuh..





 yang ni paling cute kot..lady bird

 apa lamabang dah nih..ada sapa2 tahu


 leather seat cantik tuh..
 yg ni pun mmg menarik tema putih n merah
 Ni keta model baru harga RM240k lebih
 tapi tu bendera US tu...bukan M'sia punya

Si haizi asyik nk bergambar jer dgn semua keta





06 June 2010

SuKanEka 2010 SekoLaH

Salam rasanye mmg dah lama sangat aku tak update blog aku nih....dan sebelum ianya bersawang yg teramat sangat aku rajin-rajinkan jari jemari aku ni utk update blog aku nih..

Tak der apa yang nak aku isukan pun just nak upload gambar semasa sukan anak aku ni berlangsung kekadang tergelak tengok telah anak-anak ni bersukan...memang tak tahu nk buat apa dia orang ni...heheheh lain yang disuruh lain yang dibuat...apa pun sukan hari ni enjoy..

walaupun pada mulanya si haizi ni moody sikit...lepas tu macam-macam alasan dia tuh..ngantuk la..semua ada..apa pun tahniah ler..walaupun dia dapat no 3 jer acara junjung kacang hijau atas kepala..hehehe dapat la jugak medal..


Acara dimulakan dgn jimrobik murid-murid

 Si Haikal memberi sokongan tuk rumah kuning

 Haizi tunggu giliran tuk bertanding


santai sblm amik hadiah

Ye..ye...aku dapat medal

Si mama dia pun dapat hadia gak,no 2 acara ibu

Jom apa lagi peace no war

gaya sang juara musim depan hehehe
 sebelum g mkn kita posing dulu..


hehehhe bapak dia pun nak posing gak..

ni tempoh bertenang sblm pemenang di umumkan

ni la dia pengetua sekolah En Arifin

ni la permulaan acara ibu..

Sorry acara bapak dia tak der coz aku tak masuk..acara mkn donut...aku tgh kenyang time tuh..heheheh

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.