.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

09 June 2010

MembuDayAkan AmaLaN 5s

Salam n3 untuk kali ni aku nak cerita tentang amalan dam menjayakan 5s.dan bagi yang masih tak tahu apa itu 5s mai aku terangkan..ok sebelum tuh 5s ni berasal dari Jepun dan ia telah lama diamalkan di negara Matahari terbit itu dan kita baru nak mengorak langkah tuk tiru cara mereka terapkan disiplin kepada semua rakyat mereka dan bukannya hanya kepada golongan pekerja di pejabat sahaja..Dan kita di Malaysia aku rasa kerajaan kita tekankan untuk semua Jabatan Kerajaan untuk Mengamalkan Amalan 5S ini.
Dan mungkin bila dah berjaya Kerajaan akan memperluaskan untuk semua rakyat dan amalan ini bagus untuk menerapkan disiplin kepasa semua rakyat Malaysia.

Apa itu 5s

1.Seiri (Sisih)
2.Seiton (Susun)
3.Seiso (Sapu)
4.Seiketsu (Seragam)
5.Shitsuke (Sentiasa Amal)

Dan dibawah bleh dikatakan sebagai GARIS PANDUAN DALAM MENJALANKAN AKTIVITI 5 S.

1. MEJA


 PEGAWAI

1  Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang;

2  Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz

   kecil dan satu kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

4 Sekiranya terdapat cermin di atas meja, tidak boleh diletakkan sebarang dokumen/gambar

  yang tidak berkaitan.

5 Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

6 Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

7 Hanya satu bekas yang mengandungi semua alat tulis dibenarkan berada di sebelah kanan meja.

8 Hanya satu kalendar tahun semasa dibenarkan berada di sebelah kanan meja

9 Meja komputer hendaklah berada di sisi meja – sama ada di sebelah kanan atau kiri meja, mengikut      
   Kesesuaian..

10 Telefon hendaklah berada di atas meja.

11 Tidak perlu ada sebarang label di atas meja

12 Padestal hendaklah diletakkan di bawah meja utama di sebelah kiri.

13 Kegunaan pedestal yang berlaci : laci atas – alat tulis, laci kedua – diari rasmi, buku panduan telefon, laci
     ketiga dan keempat – barang peribadi

14 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.


 PEMBANTU TADBIR

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz kecil dan satu
   kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

4 Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

5 Tidak perlu ada sebarang label di atas meja.

6 Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

7 Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan di bahagian atas
   laci.

8 Laci kedua dan ketiga adalah untuk barang peribadi sahaja (seperti tas tangan dan dokumen peribadi lain).

9 Sekiranya ada telefon di atas meja, hendaklah berada di sebelah kanan meja. Bagaimanapun, bagi telefon
   gunasama, hendaklah diletak di tempat yang sesuai untuk memudahkan kegunaan semua.

10 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.



 PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja kakitangan, Diari rasmi pegawai, buku panduan telefon dan telefon perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Cop-cop hendaklah diletakkan di standnya dan dilabel secara bernombor dan diletakkan di rak pertama rak. Ianya perlu dilengkapkan dengan maksud setiap nombor dan dilekatkan berhampiran dengan stand tersebut bagi memudahkan penggunaan cop tersebut.

4 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz kecil dan satu
   kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

5 Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

6 Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

7 Padestal hendaklah diletakkan di bawah meja utama di sebelah kiri.Kegunaan pedestal yang berlaci : laci
   atas – alat tulis, laci kedua, laci ketiga dan keempat – barang peribadi.

8 Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan di bahagian atas
    laci.

9 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.



 PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURUTAIP)

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz kecil dan satu kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

4 Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

5 Tidak perlu ada sebarang label di atas meja.

6 Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

7 Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan di bahagian atas
   laci.

8 Laci kedua dan ketiga adalah untuk barang peribadi sahaja (seperti tas tangan dan dokumen peribadi lain).

9 Sekiranya ada telefon di atas meja, hendaklah berada di sebelah kanan meja. Bagaimanapun, bagi telefon
   gunasama, hendaklah diletak di tempat yang sesuai untuk memudahkan kegunaan semua.

10 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.



 PEMBANTU TADBIR RENDAH (OPERATOR)

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz kecil dan satu
   kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

4 Tidak perlu ada sebarang label di atas meja.

5 Buku catatan panggilan dan buku panduan telefon sahaja yang dibenarkan berada di atas meja.

6 Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan di bahagian atas
    laci.

7 Laci kedua dan ketiga adalah untuk barang peribadi sahaja (seperti tas tangan dan dokumen peribadi lain).

8 Telefon, alat pendengaran dan komputer perlu berada di atas meja di sebelah yang bersesuaian.

9 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.



PEMBANTU AM PEJABAT

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Cop-cop hendaklah diletakkan di standnya dan dilabel secara bernombor dan diletakkan di sebelah kanan meja. Ianya perlu dilengkapkan dengan maksud setiap nombor dan dilekatkan berhampiran dengan stand tersebut bagi memudahkan penggunaan cop tersebut.

4 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja.

5 Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

6 Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

7 Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan di bahagian atas
    laci.

8 Laci kedua dan ketiga adalah untuk barang peribadi sahaja (seperti buku panduan telefon, diari dan
   dokumen-dokumen peribadi lain).

9 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.


 PEMANDU KENDERAAN

1 Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

2 Fail Meja perlu diletakkan di sebelah kanan meja.

3 Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja.

4 Barang peribadi dan alat tulis hendaklah disiman ditempat yang dikhaskan.

5 Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.


SUSUN ATUR DARI SEGI PERALATAN PEJABAT

 KERUSI

1 Tidak boleh digantung sebarang pakaian (seperti jaket, kot dan seumpamanya) di kerusi.

2 Setiap pegawai adalah diperuntukkan dengan dua kerusi pelawat sahaja.

3 Sofa/sette hanya dibenarkan berada di bilik Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah
   Bahagian dan di ruang menunggu yang sesuai.


 RAK TERBUKA

1 Setiap pegawai dan kakitangan dibekalkan sekurang-kurangnya satu rak terbuka sahaja.

2 Rak terbuka hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai yang diseragamkan mengikut kesesuaian bahagian
   masing-masing.

3 Rak terbuka hendaklah dilabel bagi memudahkan rujukan dan pengenalan dokumen / fail, buku-buku
   rujukan / nota kursus yang disusun di rak tersebut.

4 Sekiranya terdapat tindakan lanjut yang perlu diambil, dokumen / fail berkaitan boleh diletakkan di rak
   terbuka tersebut.

5 Sekiranya perlu menyimpan topi keledar di tempat masing-masing, ianya hendaklah disimpan di dalam
   kotak yang diletakkan di bahagian bawah rak terbuka.

6 Sekiranya dibekalkan dengan cop, cop hendaklah diletakkan di standnya dan dilabel secara bernombor
  dan diletakkan di rak pertama rak. Ianya perlu dilengkapkan dengan maksud setiap nombor dan dilekatkan
  berhampiran dengan stand tersebut bagi memudahkan penggunaan cop tersebut.


PANEL PARTITION

1 Hanya nama penuh dan waktu bertugas dibenarkan ditampal di kaca panel tersebut mengikut keseragaman
   bahagian masing-masing.

2 Tidak dibenarkan melekat/menampal sebarang kertas atau hiasan di mana-mana bahagian panel, termasuk
   pada mana-mana dinding di pejabat.


 BAKUL SAMPAH

1 Bakul sampah hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai yang diseragamkan di bahagian masing-masing.

2 Semua pegawai dan kakitangan adalah dikehendaki memastikan bahawa sampah dikutip dan bakul
  dibersihkan setiap hari.


 TEMPAT PAYUNG

1 Setiap bahagian dikehendaki menyediakan satu bekas khas bagi tujuan penyimpanan / peletakan payung
   untuk semua kakitangan bahagian masing-masing.

2 Bekas payung tersebut perlu ditanda parkingnya.


 MEJA KOMPUTER

1 Pegawai dan kakitangan yang dibekalkan dengan komputer adalah dikehendaki meletak komputer di meja
   komputer yang dibekalkan.

2 Meja komputer hendaklah diletakkan di sis meja utama.

3 Hanya monitor dan mesin pencetak (sekiranya dibekalkan) berada di meja komputer.

4 Tidak dibenarkan sebarang peralatan lain berada di atas meja komputer.

5 Kabel-kabel komputer hendaklah diikat kemas dibahagian belakang dengan menggunakan pengikat/comb
   yang akan dibekalkan oleh pihak pengurusan.



PELAN TAPAK

1 Ketua Zon dikehendaki menyediakan pelan tapak kawasan masing-masing secara terperinci.
 
 
Semoga Amalan 5s akan menjadi amalan yang berterusan dan mampu meningkatkan intergriti serta dah meningkatkan disiplin kepada semua yang mengamalnya dan meningkatkan Produktiviti setiap individu khususnya dan Jabatan Amnya.
 
Lepas ni aku akan cuba sambung n3 ni dengan gambar unit aku selepas amalan 5s dijalankan...dan apa yang penting dalam 5s ni ialah setiap peralatan mesti disusun secara kemas dan seragam supaya senang dicapai bila kita memerlukan.





4 comments:

Anisa said...

amalalkan 5 s
heee
mane awk hilang.dh lame tak update
:)

Unknown said...

salam aNiSa,saya ada tapi mmg bz sejak dari tahun lepas..ni pun tak setel lagi kerja urgent.. blog saya just baca jer n3 kwn.tuk nk wat n3 mmg malas ni nak start balik ler ni...hehehe tq for your comment

Edy Ramanov said...

bagus entri ni. berguna dan beri panduan kepada mereka2 yg berkenaan.

ShaLLeyShaLina said...

bagus2...kalo ikut garis panduan ni mmg sy dah fail...hahhahha....takpe2 akan cuba amalkan 5s..huhuhu

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.