.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

24 August 2009

SaJa NaK mENcUBa

Assalamualaikum...
Sory la kalu ada yang tak suka dengan entry kali ni,aku saja jer nak mencuba mana tahu kan kalau nak dijadikan rezeki raya untuk aku dan family.Aku pun join la benda ni cuma RM5 jer.Dan kalu tak der rezeki pun tak kisah la sebab rugi RM5 jer kan.Aku terpengaruh bila tengok dah ramai rakan-rakan blogger yang join dan ada yang dah dapat hasilnya pun.So sapa-sapa yang berminat boleh la klip kat DANARAYA.COM,semoga sama-sama kita dapat duit lebih...hehehe dan sama-sama tolong menolong sesama blogger juga.

21 August 2009

Andai Ini RamAdHAn TeraKhiR


Assalamualaikum semua...

Hari ni macam biasa la aku kemasjid menunaikan sembahyang jumaat.Dan macam biasa juga lah aku mendengar dengar khusyuk akan khutbah yang disampaikan oleh khatib.

Dan tajuk khutbah hari ini ialah berkaitan bulan Ramadhan..khatib ada mengingatkan kita semua agar membayangkan kalau ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita.Dan kalau lah kita tahu yang Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita pasti kita semua akan melupakan hal duniawi ini.Dan pastinya hidup kita akan beriman kepada Allah sahaja kan.

Itu lah nasihat khatib kepada kita semua agar sentiasa mengingati akan kematian kita.Dan penuhilah kehidupan kita dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang oleh Nya.

Nasihat ni aku tujukan kepada wanita-wanita yang tak mendengar khutbah kan...ni aku dah maklumkan sebagai ingatan antara kita sesama muslim..


Nukilan Insan:

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir…Tentu siangnya kita akan sibuk berzikir, tentunya kita tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu.

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir…Tentu solat kita kerjakan di awal waktu, solat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhuk. Tubuh dan qalbu akanbersatu memperhambakan diri menghadap Rabbul Jalil dan menangisi kecurangan janji.“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin” [Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir…Tidak akan kita sia siakan walau sesaat yang berlalu, setiap masa tak akan kita biarkan begitu saja. Di setiap kesempatan akan kita alunkan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran.

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir Tentu malamnya kita sibukkan dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud,mengadu, merintih dan meminta belas kasih.

Namun sahabat…Tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui adakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya, yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha, bersedia, meminta belas-NYA.

Semoga Ramadhan ini akan memberikan aku seribu erti dalam kehidupan, manusia yang senantiasa mencari pedoman dan cahaya hidup. Bimbinglah dan pimpinlah aku wahai sahabat. Biarpun aku masih merangkak dan cuba untuk bertatih, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu semua.Bimbinglah diantara kita andai kita tahu masih ada yang mencari satu sinar yang ABADI.

18 August 2009

Ramadhan dah HAmpiR tiBa

Assalamualaikum kepada rakan rakan blogger sekalian,buat sekalian kali nya saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan tak lama lagi.Mintak di maaf kan jika ada salah silap dan terkasar bahasa pada tulisan saya.
Dibulan yang penuh keberkatan ini nanti sama-sama lah kita menyempurnakan puasa yang diwajibkan keatas kita disamping amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan.Bersedekah lah kita jika ada sedikit kemampuan kepada mereka yang memerlukan.

Disamping itu juga tingkatkan amalan kita seharian didalam bulan Ramadhan kerana pahala yang dijanjikan oleh Allah amatlah besar.Sama-sama kita berusaha untuk mendapatkannya.


Dan ku mengharap agar Ramadhan kali ini penuh bermakna untuk kita semua. Amin.....
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARRAK"



13 August 2009

Al FatiHAh utK AsRI RaBBaNi

Al fatihah kepada Allahyarham Ustaz Mohd Asri Bin Ibrahim 42 tahun dari kumpulan Rabbani,yang menghembuskan nafas pagi tadi ketika menghadiri majlis bersama media di Angkasapuri.Saya pun mendapat tahu berita ini dari rakan blogger.
Semoga Allah mencucuri Rahmat keatasnya dan ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.
Dibawah adalah kata-kata yang diambil dari blog beliau.

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku.

11 August 2009

IkHtIAR HinDaRI H1N1

Assalamualaikum

Resah mungkin itu lah yang melanda kita semua kat Malaysia sekarang ni kan.Boleh dikatakan hari hari ada jer kes kematian akibat H1N1 ni.
Dan semalan ada akak tempat aku kerja baik hati edarkan salinan doa untuk dibaca bagi kita hindari dari segala penyakit berjangkit.

Dan satu lagi doa yang boleh dibaca "SALAAMUN QAULAN MIR RABBIR RAHIM" dibaca berulang kali.

Dan semasa aku mengikuti blog isu hangat pun ada gak doa ni.

Semoga kita berusaha dan semoga ALLAH menghindari kita dari penyakit berbahaya ini Aminnnn.

Note:Maaf saya terpaksa delete doa yang sebelumnya kerana tidak mengentahui akan KEBETULANNYA.Dan doa diatas adalah petikan dari surah YASIN ayat ke 58.Segala kesulitan dan keresahan harap dimaafkan.

10 August 2009

KuIh rAyA

Assalamualaikum

Hujung minggu aku lepak kat umah jer,tgh syok tgk tv jer wife aku panggil mintk tolong dia wat kuih raya...heheh puasa pun tidak lagi tut..tut..dah nak buat kiuh raya..
Kerja aku senang jer aku bahagian gulung jer kuih tat nenas yang dia buat tu...
Bukan apa pun tahun ni aku balik raya kat kelate,so byk la yang nak di bagikan kuih kan..nak beli tak larat ooo.Semuanya dah mahal-mahal,nasib la rajin si wife aku ni nak wat kuih..dah ada 3 jenis kuih dan yang siap...






ni la rupa nye tepung selepas diadun

ni pulak jem nenas

ni bentuk sebelum digulung oleh aku

ni la rupanya kuih tat yg siap digulung
ni telur dicampur nga pewarna nk kasi cantik kuih tuh..

ni la hasilnya setelah siap di bakar

Tempahan tidak di terima untuk kegunaan sendiri dan keluarga sahaja... heheheh. Anak- anak aku memang suka la kuih ni,sampai mama dia pun risau kan habis belum sempat raya.Malamnya aku pergi majlis yasin dan tahlil lagi kat umah jiran aku selang 3 buah rumah dari rumah aku.

07 August 2009

KatA² SmS

Assalamualaikum

N3 kali ni aku nak kongsikan sms yang aku dapat dari kawan aku Arul...Alah sms sebagai renungan sesama kita.
Sudah menjadi lumrahkan diantara dengan kecanggihan yang ada melalui handphone kita pun dapat buat bermacam-macam benda dan salah satu darinya ni la yang aku dapat hari ni.
Dah satu kemestian juga bila nak tiba atau pun dah tiba bulan ramadhan ataupun Syawal kita pasti akan dapat berbagai sms untuk mengingatkan kita tentang kelebihan sesuatu bulan tu kan.
Hayatilah petikan yang aku terima ni sebagai renungan:
Sentiasalah setting NIAT,
upgrade kan IMAN,
download kan SABAR,
serta uploadkan USAHA,
delete DOSA,
update DOA dan topup ILMU,
agar kita sama-sama lebih hampir pada ALLAH...

06 August 2009

PelaN TaPaK SuRau

Assalamualaikum

Hari ni aku rajin sikit nak conteng² kat blog ni,bukan apa pun saja tgh boring ni.Aku baru jer siap buat lakaran tapak cadangan untuk surau kat taman tempat aku tinggal ni.Al maklum la kan aku ni dilantik sebagai bendahari kat taman aku ni.

Bukan ada kena mengena pun tapi disebabkan aku kerja kat jabatan ukur so aku boleh tau la kat mana kawasan tanah yang digezetkan untuk membuat surau mengikut perancangan pemaju...

Bukan apa pun selepas bertahun dah kita orang mendiami bumi Taman Uda Utama,rasanya dah sampai masa nye kami semua memerlukan sebuah surau untuk di jadikan tempat kami berjemaah dan meneruskan segala aktiviti keagamaan di satu tempat yang tetap dah selesa.

Aku terpaksa siapkan lakaran ari no coz malam nanti kita ada sikit perbentangan sesama AJK selepas selesai bacaan Yasin dan Tahlil.



Lakaran ni aku abstrak kan dari Pengkalan data kat opis
aku ni dan aku editkan pakai Power point jer.


Yang ni pulak aku buat pakai Autocad mungkin
ada sesiapa yang lebih handal dari aku kan.

Sorry ek ni belum final lagi ,so wat simple² jer dulu.Dah kalau final nanti baru buat kasi chantek.Semoga apa yang kami harapkan menjadi kenyataan.


MaLaM NisFu SyaAbaN

Assalamualaikum

Antara sedar atau pun tidak diantara kita,semalam ialah 15 Syaaban,dan alhamdulillah aku bekersempatan membaca surah yasin sebanyak 3 kali sempena malam nisfu Syaaban.Kerana kita disunatkan untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan mengerjakan amalan amalan sunat.

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

"Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri".

"Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.

"Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini iaitu:

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Alhamdulillah aku memohon agar segala bacaan aku dan permintaan aku di terima oleh Allah SWT.Dan semoga aku serta seluruh keluarga aku tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman kepada Nya.

Bila dah sampai malam nisfu Syaaban ini bermakna yang bulan Ramadhan hampir tiba,bulan yang penuh dengan keberkatan dan penuh dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad.

03 August 2009

JiWa SeOrAnG Muk'Min

Asslamualaikum untuk entri kali ini aku terdetik untuk menulis mengenai perhimpunan untuk mansuhkan ISA. untuk tulisan aku kali in aku tajuk kan Jiwa Seorang Mukmin mengakui bukanlah seorang yang betul-betul alim apatah lagi seorang ulamak.Aku juga bukan penyokong atau penentang tapi aku hanya mahukan kehidupan yang sementara ini dengan penuh keimanan dan keamanan demi sebuah kehidupan yang murni.


Jiwa seorang mukmin

tidak akan memberontak

untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka,

Jiwa seorang mukmin

tidak akan biarkan

perasaan marah

menguasai dirinya,

Jiwa seorang mukmin

tidak akan merelakan

dirinya menyusahkan orang lain,

Jiwa seorang mukmin

tidak suka melihat

atau melakukan kerosakan di muka bumi ini,

Jiwa seorang mukmin

lebih rela menahan kemarahan

dari melepaskannya

secara membuta tuli,

Jiwa seorang mukmin

selalu sedar yang setiap perbuatan

pasti ada perhitungan dari

ALLAH,

Jiwa seorang mukmin

adalah mereka yang

tenang dalam melakukan s

sesuatu tanpa ada yang terasa

kesusahan tentang apa yang dilakukannya.

Ini sebagaimana yang dimaklumkan Allah SWT bahawa Dia tidak menyukai kerosakan. FirmanNya: “Sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.” (al-Baqarah, 205).

Note: maaf jika ada yang terasa tentang apa yang aku luahkan diatas.Bukan begini cara kita orang timur dan mempunyai agama yang suci untuk menunjukan rasa tidak puas hati kita.Masih banyak ruang atau cara yang mampu kita lakukan untuk kita merubah sesuatu.

24 July 2009

AmaLaN-AmalaN DiBulaN SyaaBaN

Assalamualaikum
Hari ni hari Jumaat 24 julai 2009 bersamaan 02 Syaaban 1430 m.Begitu cepat bulan Rejab telahpun berlalu.Hari ini juga aku macam biasa menunaikan Solat Jumaat di Masjig An Nur di Plaza KotaRaya,dan tajuk khutbah yang disampaikan ialah berkenaan kelebihan bulan Syaaban dan amalan-amalan yang biasa dilakukan oleh Nabi kita Muhammad SAW.Dan diantaranya akan aku catatkan didalam entri aku kali ini.
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan syaaban.”
Huraian
1. syaaban itu sendiri ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan syaaban itu ialah bulan syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakanbahawa Rasulullah
bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan syaaban dan tiga hari pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Semoga kita bersama-sama membangkitkan semangat untuk beribadat dibulan Syaaban dan seteusnya ke bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang berikutnya.




YasiN DaN PaGi YanG HuJaN

Semalan aku menghadiri majlis bacaan yasin dah tahlil di rumah jiran aku...
Pada minggu lepas giliran rumah aku sebagai tuan rumah.Alhamdulillah kumpulan yasin Taman aku kira aktif la,selama dah hampir 3 tahun lebih kami bergiat aktif membaca yasin dan tahlil secara bergilir-gilir dari rumah ke rumah.

Selepas bacaan tu kita pun ada la sediakan jamuan,Tapi sory jamuan yang aku sediakan untuk kumpulan yasin tu tak di ambil gambarnya...

Tapi menu jamuan rumah aku pada minggu yang lepas Nasi Lemak ayam goreng berempah,Laksa Penang,bermacam-macam kuih muih ada yang wife aku buat dan ada yang jiran-jiran bagi.macam gitu la rutin kami setiap malam Jumaat.

Penat tu memang penat dari pagi sampai pukul 1lebih pagi baru settel semuanya,pinggang mangkuk dan segala periuk belanga siap di basuh baru boleh tidur,sebab esoknya kita dah nak kerja...





Ha yang tu la keadaan jalan jem pagi tadi,asal ada hujan sikit jer jalan pun boleh jem,dah sudah nya aku terkewat 12 minit pagi tadi....
Ni jem baru nak keluar dari Taman rumah aku ni,belum lagi kat jalan utama nak menghala ke Bandaraya Johor Bharu...

23 July 2009

LaGu 1 MaLaYSiA

Untuk posting kali ini aku ingin nak komen sikit tentang lagu 1Malaysia.Tak best la aku dengar lagu tu.
Ni sedikit info yang aku cari kat internet tentang pertandingan mencipta lagu 1 malaysia.

4 lagu yang terpilih menerusi Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia berserta dua lagu sumbangan Datuk Mokhzani Ismail akan dipromosikan mengikut kesesuaian dalam usaha memperkayakan khazanah lagu patriotik tempatan.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pemilihan enam lagu itu memberi kepelbagaian pilihan kepada jabatan kerajaan dan swasta untuk mempromosikan gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Dr Rais berkata, sudah menjadi hasrat kementerian supaya semua lagu itu dimainkan oleh stesen televisyen dan radio, sama ada di peringkat nasional dan negeri supaya mesej mengenai 1Malaysia difahami jelas oleh masyarakat.

“Penciptaan lagu ini melambangkan sokongan menerusi medium muzik selain mencerminkan azam masyarakat Malaysia untuk bersama bersatu menyelami seruan Perdana Menteri,” katanya.Beliau berkata, Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia dianjurkan bertitik tolak daripada cetusan 1Malaysia oleh Perdana Menteri berteraskan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Berlangsung dari 4 Mei hingga 31 Mei lalu, sebanyak 341 penyertaan diterima namun hanya empat yang dipilih panel hakim diketuai Pengerusi Orkestra RTM, Ahmad Ali pada sesi penilaian yang dijalankan pada 3 Jun lalu.Dua daripada lagu terpilih adalah ciptaan bersama Nik Nizam Jaafar dengan lirik diilhamkan Lokman Ghani, satu ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah manakala lirik oleh Syed Indra Syed Omar (Siso), manakala sebuah lagi ciptaan LimKokWing Sound and Music Design Academy Sdn Bhd.Setiap ciptaan terpilih menerima wang tunai RM8,000 serta sijil penghargaan yang diterima pada majlis penghargaan yang berlangsung di Auditorium P Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dua lagu ciptaan Mokhzani daripada Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM bersama penulis lirik, Chuari Selamat dihasilkan dengan tujuan untuk menyemarakkan pilihan lagu patriotik tempatan turut menerima sijil penghargaan.Dr Rais berkata, pertandingan seperti itu dianjurkan bertujuan untuk mengembangkan serta mempopularkan lagu patriotik selain meningkatkan aspirasi serta minat terhadap penciptaan lagu bertemakan cintakan negara.“Enam lagu yang terpilih itu akan dijalinkan dengan pelbagai visual berkaitan supaya pengisiannya melahirkan kepelbagaian untuk dihayati rakyat,” katanya.Menurutnya, beliau yakin pertandingan itu juga membawa objektif untuk melahirkan semangat patriotisme di kalangan rakyat menerusi lirik yang merangkumi penyatuan kaum, kasih sayang, cintakan negara dan pembinaan bangsa tanpa menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.

Penilaian pemenang ditentukan berdasarkan aspek kreativiti melodi bermutu, mempunyai nilai komersial dan menepati konsep yang menarik minat semua golongan.“Lagu terpilih mempunyai susunan tertib serta melambangkan hasrat seperti apa yang dinyatakan dalam syarat penyertaan, lalu memberi kelebihan untuk berada dalam senarai utama,” katanya.Persembahan Lagu 1Malaysia disempurnakan penyanyi Roy, kumpulan Gemersik Chorus bersama Karen Tan, Kelvin Lau, Banumitha dan Swara.

Aku cari jugak lagu 1Malaysia tu kat internet tapi tak jumpa lak....dan pagi tadi aku terdengar lagu 1Malaysia yang faizal Ismail HOT FM cipta tu lagi best pada aku....




Korang kalau nak dengar lagu 1Malaysia tu sebelum berita perdana malam mesti dia mainkan dulu lagu tu...
Jangan marah ek ni hanya pandangan aku jer,mungkin cara penerimaan antara kita berlainan..



22 July 2009

BeFuNCky


lawa tak gambara aku tuh?
Befuncky membolehkan kita untuk edit gambar² kita dengan effect yang telah disediakan.Cara nya cukup mudah ikut jer step yang dia adakan untuk kita...

NuR KaSiH

Tak der apa yang aku nak tulis sebenarnya,,,saja jer tengah boring² aku saja jer tengok part drama nur kasih kat internet..dan aku tertarik dengan trailer drama ni so sama² la kita tengok.Drama ni memang best pun,walau pun kekadang aksi peluk² pelakon dia tu over sangat dan tak sesuai untuk budak² tengok kan...

So terpulang la......yang pasti aku akan mengikuti drama ni setiap minggu kalau tak der perkara yang lagi penting....





15 July 2009

KisaH AnaK MUda - MuDi ZamaN sEkaRaNG

Asslamualaikum

MasyaAllah mengucap panjang aku bila tengok video sekumpulan anak muda,duk tengah sambut parti hari jadi dalam keadaan berpakaian yang cukup seksi,dan yang paling aku sedih,geram dan benci ialah mereka perempuan semuanya yang berbangga dengan meminum minuman keras (Arak).

Bagaimana perasaan ibu dan bapa mereka bila dapat tahu tentang kes ini,dah tentu mereka akan kecewa....
Inilah yang kita terpaksa tempuhi dalam kehidupan kita yang digelar dunia akhir zaman...
Semoga mereka semua insaf...InsyaAllah.....

08 July 2009

BeNda Baru YaNG aKu BelaJAr

Assalamualaikum.....

Ni saja jer aku nak acu cuba try test letak tandatangan setiap kali posting baru......




Cantik tak .......

TgH duk BoriNG Aku eDIt la Gmbr

Assalamualaikum... ni koleksi gambar aku dan family semasa bercuti dulu.Tapi gambar² ni aku dah buat effect dah...cantik kan.......
Ni saja jer ni aku dah boring² ni jer lah yang aku duk buat...









So ni lah yang kita dapat dengan adanya internet,macam² ada dan macam² kita boleh buat....
Dan terima kasih kepada blog Aku Sape kerana sudi berkongsi ilmu.
Kepada teman² yang ingin buat macam aku ni klip jer web yang aku sediakan dibawah

07 July 2009

IsI MAsA laPanG




heheh...sebenarnya gambar ni bukan aku yang lukis,tapi aku pakai satu perisian yang ada kat internet...korang pun boleh buat kalau nak.....http://www.dumpr.net/

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.