.::My NuffNaNG::.

.::SalAM PerSAuDArAAn::.

.::WeLcOmE::.

.::PeNGiKUt SeTiA Ku::.

21 March 2010

SaLaM UntUk SeMuA

Dah lama agaknya Aku tak update blog aku ni...entahlah sejak akhir-akhir ni mmg malas nk update blog bukak pun mmg tak der hati langsung....dek kerana terlalu bz dengan kerja kat opis punya hal pun yer jugak....

Aku sememang nyer bz nak siapkan projer untuk jabatan aku laksanakan...iaitu RNR.Untuk pengentahuan semua ni bukannya RNR mcm kat highway tu...tapi ni projek yang dah berapa tahun dah dijalankan mengikut step atau peringkat..dan ni peringkat yang kedua last kalau tak silap aku..

Apa maksud RNR tu ialah Recoordination N Repopulation,ni berkaitan dengan sistem untuk membuat pelan tanah mak ayah kita dan semua tanah yang ada kat malaysia ni ler..
Dan bila projek ni berjaya akan menambah cepatkan proses pemberi milikan pada tuan tanah..dan untuk memudahkan kerja-kerja pengukuran tanah dilapangan..serta banyak lagi faedahnya untuk semua..

Harap dah settle benda ni hujung bulan ni aku ada masa dan bertambah rajin untuk bukak blog aku ni selalu.Lagi pun sekarang ni orang opis aku duk sibuk layan facebook...tu yang tak der ati nak layan blog...

Walau apa pun aku tetap sayang akan blog aku yang tak seberapa nih..

Blog yang memang dah bersawang...



08 February 2010

JoIn CoNtEsT LaGi...

Salam....contest yg pertama aku join untuk tahun 2010...huhuhu memamg mudah untuk menyertainya..korang semua pun boleh join..untuk keterangan lanjut boleh lawati tuan blog punya contest...heheeh betul ker aku punya ayat tuh...

Segala syarat² penyertaan boleh didapati di blog yang aku bagi sila klip ok...dan klip gambar pun boleh...
Dan ini lah gambar yang aku pertaruhkan...semasa hari keluarga yang opis aku buat... bersama kawan² satu unit dengan aku...yang tinggal sekarang ni hanya aku yg paling kiri dan yang paling kanan sahaja,yg lain tu semua dah berpindah ke negeri lain...
Hanya gambar yg menjadi kenangan.

05 February 2010

HaPPy BiRthDay tO HaIzI IsKAnDar

Assalamualaikum....

Rasanya dah lama aku tak update blog aku ni.....sorry kerana terlalu bz agaknya...malas pun ada juga...untuk N3 kali ni just nak letak gambar² semasa majlis besday si haizi yang aku buat minggu lepas...

Pada 29.01.2010 genap lah umur si haizi 4 Tahun...dah besar dah anak bujang aku nih...nakal dia pun bertambah la jugak...majlis ni aku buat skali dengan si sepupu dia...yang sama bulan cuma beza 2 hari jer...iaitu 30.01.2010...alah si mamat tu...

Semoga si haizi dipanjangkan umur dimurahkan rezeki serta berjaya dalam hidup didunai mahupun di Akhirat nanti dan jadilah anak yang soleh...Amin...

Ni la dia si Haizi Iskandar
ni antara makanan utama tuk anak² semua...
ni la rupanya kek besday Haizi & Mamat
Rupa orang malu bila nak bergambar..lg sorang si haikal..adiknya haizi
upacara potong kek
si haikal sibuk nak juga potong kek
si Mamat
Doa tak tahlil pendek Oleh Pak mertua aku
Antara Ahli keluarga yg datang
Amin.....


upacara makan kek bermula...adik dan abang
limau cina haizi lahir kan masa tahun baru cina...hehee
air mata kucing....wowowo
menu laksa johor,spigeti,nasi impit dan rendang ayam,kari ayam
dan mcm² lagi tu....sedap dimakan wowowo
Majlis hari jadi unt si haizi juga bila dah balik kampung nanti masa cuti raya cina...makcik saudara dia orang janji nak buat...si haizi pun dah siap mintak kek lagi...

25 January 2010

Al-FatiHaH

Al-Fatihah Keatas roh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru.

Semoga kerabat Diraja Johor tabah dalam menghadapi ujian dari Allah kerana Kehilangan Ayahnda dan buat seluruh rakyat negeri Johor kerana kehilangan Sultan yang tegas dan berjiwa rakyat...

Kami di Johor berkabung selama 7 hari dan 40 hari bagi kaum kerabat,dan kami semua wajib memakai songkok berlilit putih bagi lelaki dan perempuan bertudung putih bagi muslim dan yang bukan muslim harus memakai kain lilit hitam....

14 January 2010

MerOkOk...KeNApA

Salam....untuk N3 kali ni aku nak mengutarakan...permasaalah...aku ler...aku berkwn dengan semua orang ada yg merokok dan ada yang tidak merokok...atapi kekadang aku dan mungkin korang semua yang tidak merokok terkadang tu rasa tak puas hati jer dgn perokok ni...betul tak...

Dia orang ni kalau nak merokok bukannya nak tgk org kiri dan kanan,depan dan belakang pun tahu..² rokok tu dan menyala dah..dan yang lagi buat aku sakit hati..asap tu siap hembuh kat...tmpt orng lain lagi...ni yang aku mmg tak suker..wahai si perokok.

Kisahnya pagi tadi la aku dan wife aku baru duduk nak sarapan pagi...alih² kat belakang aku tu ada la...3-4 orang makhluk Tuhan yg paling seska tuk diri sendiri mereka,,,tengah syok merokok.. dan asap tu...meghala ker aku..bkn sikit² dah mcm serombong kapal lagi...perh aku punya la angin..aku sempat toleh belakng dan jeling...jer..salah sorang tu perasan dan lepas tu masing² buat tak tahu jer...macam tak bersalah pun...

Itu la sifat sebenar perokok..memang jenis tak fikir pasal orang lain...ni kalau ada yg baca N3 ni seorang perokok jgn nak marah kat aku,tapi cuba fikir secara rasional tentang hak orang lain...tanpa mengambil kira hak anda....kerana kemudharatan aku melibatkan orang lain....

Kalu nak hisap tu..cari lah tempat yg sesuai....bukannya tgh² orang ramai....

12 January 2010

FaCeBOOk punYa HAl

Aku dah lama dah wat facebook ni..tapi jarang update..sebab tak ramai kwn yg aku kenal pun..tapi sekarang ni dah ramai budak² opis yg dah ada facebook ni..jadi makin aku layan la benda ni...kita orang wat satu topik pastu...sumer duk komen...ngutuk² lagi haaaa...
Sapa yang terkena tu...timer jer lah...dlam pada tu ada juga jumpa kwn² lama masa belajar dulu²,tahu-tahu ramai yg dah kawin dan dah ada anak dah pun...


Apa pun jadikanlah ia sebagai wadah untuk menghubungkan dan mengeratkan silaturahim.....sesama kita.

04 January 2010

Malu GaRa² si PenJual BuRgeR


Malam minggu tu hari aku n family g jalan² kat Danga Bay,keluar lepas Isyak dah penat pusing dan lepak kat Danga Bay,bawak si haikal dan si haizi naik keta api dan main mainan yg semua kena bayar tu kita orang lepak budak² cina datang tunjuk sistem audio keta depa dan ada juga ekzos berapi.... dah penat baru lah..rasa nak balik...lebih kurang pukul 12 tgh mlm la...tiba² perut lak rasa lapar.

so aku teringat la...ada satu gerai jual burger yang baru bukak sebelum sampai kat taman aku tinggal tu...memang dah lama aku tu perhatikan ramai juga org yg singgah beli kat situ,dalam hati aku mesti sedap ni burger mamat ni...

So bila samapai jer kat kedai burger tu aku pun singgah,dalam masa tu ada la akak 2 org yg tgh tggu burger depa siap,aku pun parking keta dan terus order,sebelum tu aku tanya dulu mamat tu ada lg ker burger ni maklum dah dah tgh mlm...tapi pertanyaan aku tak dijawap pun..dalam hati ceh...sombong nak mampus dia ni mcm tak nak niaga jer.

Dalam pada tu aku tgk akak tu tgk aku semcm jer..aku tanya juga knpa tgk semcm jer akak ni...dalam hati da...,tiba-tiba si mamat jual burger tu pun bagi kat aku menu dan harga burger yg dia jual...rupa-rupanya mamat bisu la...pastu baru akak tu ckp kat aku dia ni bisu la dik....

Punya la...aku tahan aku punya malu dan tahan ketawa aku tu...sampai wife aku pun perasan...hahaha.....
Dah gitu terbantut aku nak mintak mayonis lebih....takut nanti pening lak mamat tu...

Note**Tgk org bisu pun rajin nak carik duit lebih,walaupun dia tahu mungkin yg dtg beli tu semuanya yg pandai ckp....ni ramai yg cukup sifat tau nak melepak jer...merempit sana sini..heheheh...







01 January 2010

HaRgA gulA Naik PeNiaGa PuN Naik Hantu LeR



Salam tahu baru dan ni N3 hari pertama di tahun baru....sebelum tahun baru menjelma kerajaan pun memutuskan untuk menaikan harga gula di pasaran sebanyak RM0.20...ini la hakikat yg kita sebagai pengguna terpaksa terima,alasan yang diberi pulak dengan kenaikan RM0.20 tu ditak membebankan pengguna mememag tidak munasabahkan.

Pada aku walaupun kenaikan 1sen setiap barang pun memang pengguna akan terbebab kerana penjual makanan mahupun minuman akan menaikan harga dengan alasan harga barang dah naik.
Dalam kes ni warung tepi jalan kat opis aku jga telah menaikan harga kuih mereka daripada 3 keping seringgit kepada 2 keping seringgit,dengan alasan harga gula dah naik.

Kalau difikirkan logik la...harga gula dinaikan RM0.20 sekilo yang si peniaga naikan harag kuih mmg tak kena kan...di jual kuih dgn harga 2 keping seringgit...bila di conggak balik kenaikan keatas sekeping kuih 17 sen.logik ker kwn²...

sebagai contih la ek aku kirakan...kalu salah tlg betul kan..
Sebelum ini 3 keping seringgit bersamaan dgn 0.33 sen sekeping.
Sekarang 2 keping dah seringgit bersamaan dgn 0.50 sen sekeping.
jadi 0.50-0.33=0.17 sen perbezaan harga.(harga gula baru naik 20 sen sekilo yg dia naikkan sekeping sampai 17 sen....hahaha apa pun selamat tahun baru...2010.

31 December 2009

2010 dan 101 taHniAh Wei

Salam buat semua di penghujung tahun 2009 ni ramai yg buat n3 untuk ketibaan tahun 2010,jadi aku pun buat juga la kan... bila duk tiba tahun baru baik tahun hijrah mahu pun masihi pasti ada yang duk sibuk pasang azam baru...tapi pastikan azam yg lama tu tercapai kalau tak tu...sambung jer azam yg lama tu sampai tercapai...
Kalu nak di fikirkan kenapa kita manusia ni semua ada azam masing² sebab nya kita setiap manusia ni mesti mempunyai sesuatu yang diingini seperti untuk menambah baikan dalam diri kita ataupun kehidupan kita seharian.
Dan satu lagi dengan azam yg kita tanam juga dapat membantu kita memcapai kejayaan..dan walau apa pun yg kita azamkan kita lah juga penentu kejayaan mahupun kegagalan.
So salam tahun baru dari Aku.....untuk semua.


Hehehe ni pic kat bwh ni sebagai penutup 2009 blog aku dah punyai 101 followers dah...capai juga hasrat aku semoga followers aku capai 100 keatas sebelum tiba 2010....terima kasih kepada followers kerana sudi layan blog aku yg tak seberapa ni...


Azam tahun depan harap lebih rajin update blog dgn bermacam idea la....


30 December 2009

CANDID PHOTO CONTEST


Contest blog link:http://aku-halim.blogspot.com/2009/12/candid-photo-contest.html

Salam ni dah hujung² baru aku terasa nak join contest yang dianjur oleh saudara halim ni...menang atau kalah aku tak kira janji aku tyr......hehehehe,gambar yang aku pertaruhkan ni masa aku bawak anak² aku nga anak buah aku pegi mandi kat starhill kat jb...

Gambar ni isteri aku yang rakam ketika aku duk syok layan anak² dan anak buah aku kat dalam kolam....tu kan aku duk kat dalam kolam budak punya...tak caya ker...
Dah balik baru aku tgk phone dan gambar ni mcm best jer..ada harapan nak menang ker...

ni la hasil gambar candid kamera aku....tgh wat magic tu...

24 December 2009

KaD KaWIn

Salam buat semua....ni dah kira penghujung tahun dah...kiranya dah nak abis jugalah majlis kawin dikalangan sahabat-sahabat kita agaknya.
dan semalam aku saja jer tengok-tengok balik koleksi kada jemputan kawin yang aku terima dan aku simpan.......Ada berbagai-bagai jenis dan saiz yang bolih kita dapati sekarang ni...Dan bisnes buat kad kawin ni agak lumayan jugak la agaknye yer...
Aku juga snap kad jemputan kawin aku dulu² dan aku juga snap best friend aku punya kad jemputan dia.........
koleksi kad jemputan
ada bermacam-macam jenis
ni la best friend aku Bad n Mar
hehehe ni yang aku punya dulu simple jerk
Rasa macam sekejap jer masa berlalu...tapi kad masih still simpan buat kenangan..........


22 December 2009

sI BuAh PiNaNG

Assalamualaikum...apa khabar kwn² sumer yerk...dah lama kiranya aku tak hupdet blog aku ni...malas nak hupdet tapi suka baca blog org..apa citer tu...

Sebenarnya aku 2 minggu lepas tak der la..g sukan yang jabatan aku buat kat UPM serdang....aku pg jerk tak main apa pun...heheheh.Wife aku yang main aku jaga anak pelik kan...


ni masa dia tengah cantik ni warna dia
ni bila dah kecut.....
Tak tau nak tulis pasal apa,abis aku nak citer la pasal pinang ni...ni aku nag wife aku kutip kat pejabat aku...byk ler jatuh dah musim dia berbuah...ada la 4-5 pokok...hari² lepas breakfast aku akan tengok kalau ada yg jatuh...sebelum naik opis kutip ler...
Jangan tak caya pinang ni aku wat bunga hiasan.....(tipu jer la...)pinag ni aku simpan sebab nak bagi nenek aku kat kampng makan nga sireh la....
Aku suka tengok warna dia yang oren tu....dan suker bau dia...walaupun ada yang kata busuk............
Nenek aku tiap kali aku balik dia mesti tanya ada ker pinang dari jb....walaupun aku nak balik ke kelantan...lama tu aku tetap simpan.......
Ada yang tak pernah tengok tengok la puas²....si buah pinang ni.


26 November 2009

MAk RaYA KorbaN ni TAk DApaT BaliK

Salam untuk semua...n3 kali ni just nk ucapkan SElamat HAti RAya AidilAdha/Korban kepada semua....dan untuk mak aku juga kalau terbaca la...hehehee mana ada mak aku nak main tenet ni kan...
Apa pun aku tak dapat balik raya korban tahun ni...hehehe wah hal tahun lepas pun tak balik gak...mmg mula nya niat aku n wife nak balik tapi last last tak jadik balik lak...atas sebab² yg tak dapat dielakkan walaupun dapat ditepis hehehhe..
Almaklum lah kan..kg aku tu jauh nun di pantai timur dan aku lak sekarang duk kat jb takut nanti banjir ditengah jalan walaupun boleh lalu ikut tepi jalankan..........
Walau apa pun tu bukan alasan sebab aku tak balik....sebab utama yang aku tak jadi balik kita adik beradik yg duk kl tu ada yang tak dapat cuti jadi mungkin awal tahun baru dapat balik...cian mak aku dia wat korban 1 bahagian...tahun ni, nak wat kenduri tak jadi..la...
Apa pun kami tetap tebus balik nanti dengan wat kenduri kesyukuran bila kami semua balik nanti.......kenduri coz adik aku nak dapat baby da.........
LAst wish happy raYA KOrban day pada semua... apa punya ayat daaa..............

.::My Starz::.

.::NuffNaNG::.